petua hilangkan batuk budak mudah

7 Petua Hilangkan Batuk Budak

Anak batuk? Ketahui beberapa petua hilangkan batuk budak yang ibu bapa boleh buat dirumah dengan menggunakan bahan yang mudah didapati dan biasanya memang dah ada di rumah.

Petua Hilangkan Batuk Budak

Bagi kanak-kanak yang berusia di bawah umur 2 tahun. Ubat batuk dan selsema tidak akan diberikan jika batuk kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan simptom atau gejala-gejala yang serius. 

Dalam satu keratan akhbar yang di kongsikan oleh Perkhidmatan Farmasi KKM, Menurut Food and Drugs Administration (FDA), ubat batuk dan selesema tidak harus diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun kerana ia boleh memudaratkan. 

Sama juga seperti keadaan ketika bayi demam yang tidak boleh berikan sebarang ubat tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu.

Kanak-kanak ini berisiko untuk mendapat kesan advers yang serius serta berpotensi untuk menyebabkan kematian terutamanya akibat penekanan saluran pernafasan.

Ini kerana menurut sumber daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis batuk dan selsema biasa pada kanak-kanak itu akan sembuh sendiri tanpa perlu rawatan dalam tempoh tertentu.

Bagi mereka yang beragama islam boleh cuba amalkan doa berikut :

doa hilangkan batuk budak

Doa Memohon Hilangkan Batuk Budak

 بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ 

Maksudnya: Dengan nama Allah Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaan-Nya daripada kejahatan yang aku alami dan aku takuti.

Kemudian setelah berdoa, bagi ibu bapa boleh mencuba berusaha dan berikhtiar untuk meredakan batuk kanak-kanak, dengan cara dan kaedah yang di kongsikan di bawah.

Petua hilangkan batuk budak di rumah dengan mudah

Sekiranya anda pernah membawa anak-anak anda yang mengalami batuk atau selsema ke hospital-hospital kerajaan atau farmasi.

Kebiasaannya, pegawai pembantu perubatan ataupun doktor tidak memberi ubat batuk dan selsema jika bayi masih di bawah 6 bulan.

kanak di hospital

Pembantu pegawai perubatan ataupun doktor kebiasanya hanya akan memberitahu bahawa ianya normal. 

Dos yang boleh diberikan hanya 1 ml ke 2 ml sahaja.

Sebagai ibu bapa kita pastinya akur dengan nasihat pakar. 

Tetapi sudah tentu kita yang bersama dengan anak-anak tidak berasa tenang dan kasihan melihat anak-anak tidak selesa dengan batuk. 

Terutama ketika waktu malam hendak tidur.

Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh cuba dan amalkan untuk meredakan batuk anak anda di rumah.

Wap air atau mandian suam

Kaedah ini biasanya akan memberi kesan serta-merta dan dapat memberi keselesaan untuk anak-anak. Sekiranya rumah anda mempunyai pemanas air di bilik mandi, anda boleh menggunakan semburan mandian panas di bilik air.

mandi air panas

Atau anda juga boleh masak air panas kemudian memasukkan air panas tersebut ke dalam mangkuk besar.

Dan menghadapkan muka anak anda ke arah mangkuk tadi.

Tutup kepala anak dengan napkin nipis supaya kesannya lebih baik. Wap tadi akan naik dan masuk ke dalam rongga anak.

Atau anda juga boleh mandikan anak anda dengan air suam. Ianya juga boleh mencegah kekeringan pada saluran pernafasan. 

Duduk bersama anak di dalam bilik mandi selama lebih kurang 20 minit dengan pintu tertutup  agar bilik menjadi berwap.

Banyakan minum cecair suam

Menggalakkan anak anda minum banyak cecair.

makan sup

Seperti sup ayam, teh tanpa kafein, atau air panas dengan lemon boleh membantu melonggarkan lendir dan melegakan sakit tekak

Madu Juga Boleh Hilangkan Batuk Budak

Madu memang terkenal dalam perubatan islam bukan sahaja makanan amalan Rasulullah SAW, malah disebut dalam al-Quran sebagai penawar pelbagai penyakit. 

madu untuk hilangkan batuk

Sifat madu juga mengubati secara menyeluruh. Malah, madu menjadi satu-satunya makanan terbaik yang disebut dengan terperinci dalam al-Quran sebagai ubat. 

Madu memiliki sifat anti-inflamasi dan antibakteri yang membantu meredakan gejala batuk dan sakit tekak. Ini dapat membantu menenangkan batuk dan membantu mengatasi rasa sakit dan gatal pada tekak.

Malah laporan di NCBI mengenai kesan madu pada batuk akut pada kanak-kanak, penyelidik mendapati bahawa madu boleh melegakan batuk dengan lebih berkesan daripada beberapa ubat OTC.

ubat ubatan

Ubat-ubatan ini termasuk yang mengandungi diphenhydramine (Benadryl), sejenis antihistamin, dan salbutamol (ProAir), bronkodilator preskripsi.

Cara rawatan adalah dengan mengambil dua sudu teh madu, dicampurkan dengan air suam dan lemon atau teh herba

Walaubagaimanapun pakar tidak mensyorkan madu diberikan kepada bagi bayi berusia kurang setahun, kerana mempunyai risiko terkena botulisme

Lemon dan halia

Air lemon kaya dengan vitamin C dan antioksidan. Ia dapat melawan keradangan dan mengurangkan rasa sakit tekak. 

madu dan halia

Ia juga mampu meningkatkan jumlah air liur yang dapat membantu menjaga kelembapan saluran kerongkong. 

Akar halia pula mengandungi anti bakteria dan anti keradangan yang mampu membantu mengurangkan sakit tekak.

Campurkan jus lemon dan halia dengan air suam dalam segelas. 

Minum ramuan ini setiap hari untuk membantu meredakan batuk dan memperkuat sistem imun.

Cuka Epal

Cuka epal sudah menjadi bahan perubatan tradisional selama berabad-abad.

Bagi meredakan sakit tekak, campurkan satu sudu cuka epal dan madu dalam segelas air suam sebelum diminum.

Pelembap Udara (humidifier )

humidifier

Bagi kawasan-kawasan bandar yang sesak dan pada cuaca panas yang terik, di tambah udara kering boleh memburukkan batuk kanak-kanak. 

Sekiranya rumah anda mempunyai pelembab udara, boleh letakkan pelembab udara di dalam bilik anak anda, atau berhampiran tempat mereka tidur. Ianya membantu untuk melegakan pernafasan mereka.

Persekitaran terbuka dan udara segar, antara petua hilangkan batuk budak

Udara yang segar boleh membantu bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa untuk meredakan batuk. 

hidup segar

Jadi cubalah untuk membawa anak-anak anda bersiar-siar di kawasan terbuka yang ditumbuhi tumbuh-tumbuhan hijau yang mempunyai udara yang segar.

Kesimpulan

Perlu diingat batuk kanak-kanak tidak sama seperti batuk orang dewasa. Perhatian yang lebih khusus patut diberikan sekiranya kanak-kanak mengalami batuk yang teruk.

Dalam sesetengah keadaan, penggunaan ubat batuk dan selesema amat diperlukan bagi tujuan rawatan untuk pesakit kanak-kanak setelah faedah dan risiko yang berkaitan dipertimbangkan sepenuhnya atas nasihat doktor.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang ibu bapa perlu diberi perhatian seperti masalah sedu bayi.

Ibu bapa perlu sentiasa peka dan memahami arahan pengambilan ubat pada label ubat dan juga arahan yang disampaikan oleh doktor dan ahli farmasi seperti yang terdapat dalam garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Paling penting tidak mengubah atau menambah sukatan ubat-ubatan yang diberikan kepada kanak-kanak untuk mengelakan masalah overdose dan kesan sampingan yang lain.

Tolong tekan button dibawah untuk share kepada rakan-rakan anda :

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *