cara hilangkan sedu bayi mudah

5 Cara hilangkan sedu bayi dengan Cepat

Situasi bayi tersedu pasti saja akan membuatkan para ibu bapa akan beriktihar mencari cara hilangkan sedu bayi dengan cepat dan selamat. 

Tetapi tahukah anda bayi boleh tersedu sejak dalam kandungan lagi?

Melihat bayi tersedu, pastinya akan membuatkan ibu bapa rasa sedikit terganggu dan mungkin rimas dengan situasi ini. Sedu sudah cukup untuk membuatkan orang dewasa berasa tidak selesa dengan keadaan ini.

Inikan pula bayi yang memerlukan penjagaan khas bagi yang baru lahir.

Adakah sedu berbahaya atau batuk budak lebih memerlukan penjagaan yang teliti ?

Apa Itu Sedu?

Cara hilangkan sedu bayi

Menurut MayoClinic sedu ialah satu kejadian sentakan (spasm) diafragma, iaitu sejenis otot di bawah paru-paru, yang berlaku tanpa disengajakan.

Sentakan itu biasanya diiringi oleh penutupan peti suara secara tiba-tiba, menyebabkan terhasilnya bunyi “”hik” yang dipanggil sedu.

5 Cara Hilangkan Sedu Bayi dengan cepat

Sedu adalah perkara yang sukar dijangka. Sedu tidak memerlukan sebarang rawatan dan ianya akan beransur hilang dengan sendirinya.

Tetapi sekiranya bayi tersedu terdapat beberapa  tips cara menghilangkan sedu bayi dengan cepat.

1. Sendawakan Bayi Ketika Menyusu

Semasa menyusukan bayi, ambik masa untuk berehat seketika untuk membolehkan bayi sendawa.

Dengan cara ini, ia dapat mengurangkan jumlah udara yang masuk di dalam perut bayi ketika menyusu. Ini boleh mengelakkan bayi tersedu.

American Academy of Pediatrics  menyatakan anggaran masa terbaik untuk berhenti seketika untuk bayi yang menyusu menggunakan botol, ialah selepas bayi minum 2 hingga 3 auns susu.

Manakala bagi bayi diberi susu ibu, masa yang  terbaik untuk sendawakan bayi ialah semasa bertukar antara payudara.

2. Gunakan Puting Bayi (Pacifier)

sytT9CaLN TthzlCdlacOfG0Em7NcB5YLWHr7tQ679gqzI3FxKwJqnEgFcs0KgQ012TqRZuu8S 8zLXQ 3wD8xkEsmkDFtHGWmUAa 2w4n9i2GRcDom4p0oMEjDl96SojC5PtFH KnE7eNI

Kejadian bayi tersedu ini, tidak semestinya berlaku lepas makan atau menyusu sahaja. Anda boleh cuba berikan puting bayi atau pacifier pada bila-bila masa bayi tersedu dan biarkan bayi anda menghisap pacifier tersebut.

Dengan cara bayi menghisap puting mungkin dapat merehatkan sentakan diafragma, sekaligus menghentikan sedu bayi.

3. Mengurut Belakang Bayi

AnIuwxYUTwBtyCBzpI3YZXTUI3l8okWg8LhKqX3xpbhWQVFGc zJxVC 4FtDWezyQpJqZu0INvewybtq7VuSeDWp8X885uY3ZUbpOCti1tr7o I1GS2FojEMD8i5Bpj0j0YaNnMswUbu8O1bznSFFMjn65FUBgUM Bj7XclEvez4xjyryxp QQEQ

Berikan urutan lembut pada belakang bayi anda dalam gerakan membulat untuk membantu mengeluarkan udara berlebihan dan menghentikan sedu.

Walaupun ia berterusan, gerakan ini boleh menenangkan bayi.

4. Tukar Kedudukan Bayi Anda

Anda juga boleh cuba untuk merubah kedudukan bayi. Contohnya jika bayi tersedu ketika sedang baring, anda boleh untuk mengubah kedudukan bayi dengan menyandar bayi di bahu anda, atau menggendong bayi anda.

Cara ini jarang berkesan, tetapi ianya dapat membantu

5. Cari Punca Bayi Selalu Tersedu

Cuba untuk amati, bila masa bayi anda kerap tersedu.

Sebagai contoh, jika ia hanya berlaku selepas bayi anda menyusu atau apabila anda meletakkannya dalam kedudukan tertentu.

cuba laraskan atau ubah cara dan bila anda memberi susu kepada bayi anda atau kedudukan bayi anda. 

Petua Orang Tua Hilangkan Sedu Bayi Secara Ajaib

DaQEHJHrZOBliZYsA7ga7fJz83bIiefV5q3qytyPDjsrk8xhSJSKv4VJt h8JVXK7fYiIZ njJMnrbvAB5b5wdb0Yg6ak7gLdNUWojF5JzO2Dt5ZrD1AoQ1GSVF 2gn3TiHrdDo cKQcCbxlR

Bayi Sedu Letak  Tisu Berkesan?

Mungkin anda pernah menerima nasihat, atau melihat ibu bapa yang meletakkan kertas atau tisu pada dahi untuk menghilangkan sedu.

Sehingga kini, tiada kajian perbuatan ini terbukti membantu untuk menghilangkan sedu bayi. Ianya lebih kepada kepercayaan orang-orang tua.

Perkara Perlu Dielakkan Jika Bayi Tersedu

Mungkin anda pernah terlihat situasi ini, tetapi ketahuilah ini adalah cara atau kelakuan yang boleh memudaratkan kepada bayi

  • Mengejutkan atau menakutkan bayi sebagai salah satu cara untuk hilangkan sedu bayi. Perbuatan ini jika dilakukan boleh mengganggu emosi si kecil
  • Jangan letakkan kain basah di dahi mereka, ia tidak akan membantu.
  • Jangan cuba untuk menahan nafas bayi. Perbuatan ini adalah cara yang tidak boleh dicuba pada bayi. Ianya adalah berbahaya yang boleh menyebabkan bayi sesak nafas!
  • Menarik lidah bayi dan menekan dahi atau fontanelle anterior (bahagian lembut kepala bayi) kerana ini boleh mencederakan bayi.

Bayi Sedu Ketika Tidur

Ia adalah perkara biasa bagi bayi yang baru lahir untuk tersedu apabila mereka tidur. Situasi bayi tersedu ketika tidur tidak berbahaya dan tidak menjejaskan pernafasan bayi anda sama sekali. 

Walau bagaimanapun, jika anda merasakan bayi anda mungkin mengalami kesukaran bernafas, anda harus berjumpa doktor.

Cara hilangkan sedu bayi ketika tidur tidak berbeza. Seperti yang dicadangkan di atas, iaitu seperti menggunakan puting atau meletakkan bayi pada kedudukan yang berbeza.

Atau anda biarkan saja, dan sedu bayi akan hilang dengan sendirinya. Kami juga ada kongsikan apa tips hilangkan batuk berkahak dengan mudah.

Frequently Asked Questions

Punca-punca yang boleh menyebabkan bayi tersedu adalah seperti terlalu banyak menyusu, menyusu terlalu laju atau tertelan banyak angin ketika menyusu.

Apabila perut bayi kembung, disebabkan masuk angin, perut akan menolak  diafragma, yang menyebabkan bayi tersedu.

Bayi yang tersedu selepas atau semasa penyusan adalah perkara normal dan ibu bapa tidak perlu terlalu risau.

Selain itu udara sejuk juga boleh merangsang sedu bayi.

Sebab-sebab lain yang jarang berlaku pada bayi seperti gastroesophageal reflux disease  iaitu penyakit yang menyebabkan iritasi pada saraf yang mengawal diafragma disebabkan penggunaan ubat tertentu atau terhidu gas beracun

Dalam satu perkongsian khas, Kementerian Kesihatan Malaysia menerangkan kejadian bayi tersedu biasanya tidak mengganggu bayi.

Kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa minit atau jam.

Ibubapa tidak perlu berjumpa doktor atau mengguna sebarang kaedah tradisional yang tidak terbukti berkesan bahkan boleh memudaratkan bayi.

Malah menurut portal kesihatan Healthline, bayi boleh tidur dengan lena tanpa terganggu berbanding orang dewasa walaupun dalam keadaan tersedu.

Satu kajian daripada pakar-pakar kesihatan yang dibuat pada 2019, yang dikongsikan melalui portal ScienceDirect .

Menunjukkan bahawa kejadian sedu mungkin penting untuk membantu perkembangan otak dan pernafasan bayi.  Bayi tersedu berkemungkinan merupakan satu cara yang boleh membantu perkembangan bayi seawal bayi masih di dalam rahim ibu lagi.

Walau bagaimanapun sekiranya bayi tersedu berterusan dan mengganggu pernafasan atau penyusuan bayi, ibubapa dinasihatkan mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada gangguan serius pada sistem pernafasan atau pencernaan bayi.

Bayi boleh tersedu selama beberapa kali sehari dan setiap kali bayi tersedu ianya boleh berlarutan selama 10 minit atau lebih lama.

Para ibu dan bapa tidak perlu bimbang. Sedu akan hilang selepas beberapa ketika. Anda hanya perlu tunggu dan biarkan sedu bayi hilang sendiri.

Kesimpulan

Sedu bayi bukanlah sesuatu yang tidak normal dan ianya jarang mengganggu keselesaan bayi. 

Jika bayi anda tersedu, tetapi kelihatan gembira, menyusu dengan baik dan tidak menggangu perkembangan kesihatan mereka. Tiada apa yang perlu anda risaukan.

Anda boleh cuba cara hilangkan sedu bayi seperti yang di kongsikan atau anda hanya perlu tunggu dan biarkan sedu bayi anda hilang dengan sendirinya.

Terima lah situasi bayi tersedu ini ini sebagai sebahagian daripada perjalanan dalam perkembangan si kecil anda. Sama juga seperti masalah kuning bayi bagi bayi yang baru lahir.

Walau bagaimanapun, jika bayi anda tidak berhenti tersedu untuk masa yang lama, anda boleh berjumpa doktor. 

Semoga perkongsian cara hilangkan sedu bayi ini membantu para ibu bapa diluar sana mengurangkan rasa risau dan dapat melakukan perkara yang betul.

Tolong tekan button dibawah untuk share kepada rakan-rakan anda :

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *