bacaan kuning bayi

Bacaan kuning Bayi

Hampir 50% bacaan kuning bayi akan berlaku pada minggu awal kelahiran menurut Dr Arisman MD Pengarah Perubatan Klinik Iris, Shah Alam.

Walaupun begitu ianya adalah perkara biasa yang kebanyakan tidak mendatangkan bahaya kepada bayi.

Kuning bayi atau jaundis akan menyebabkan kekuningan pada kulit dan putih mata pada bayi.

Namun jika ianya di kesan dalam 24 jam lepas kelahiran bayi, ini boleh jadi pathological (tidak normal).

cek baby

Pemeriksaan doktor penting untuk mengetahui tahap kesihatan bayi.

Pemeriksaan lanjut akan dibuat seperti pemeriksaan kumpulan darah bayi, status G6PD dan juga thyroid test.

Sebab itu juga mengapa ibu-ibu yang baru melahirkan bayi akan di tahan di wad sekurang-kurangnya sehari.

Ianya adalah untuk memberi masa untuk doktor membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan ibu dan bayi sihat sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Jika anda bayi menangis tanpa henti mungkin itu menandakan perlu penjagaan yang lebih teliti.

Apa Itu Kuning Bayi

kuning bayi

Penyakit kuning atau dikenali sebagai jaundis ialah sejenis penyakit yang berpunca daripada perubahan warna kekuningan pada kulit.

Manakala, bahagian putih pada mata (sclera) bayi yang baru sahaja lahir disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah.

billurubin

Bilirubin pula ialah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

Bagi bayi yang berkulit gelap, coklat atau hitam, tanda-tanda kekuningan ini lebih mudah dilihat pada tapak tangan atau tapak kaki

Menurut NHS, gejala lain jaundis bayi baru lahir juga termasuk:

  • Air kencing berwarna kuning gelap (air kencing bayi yang baru lahir mestilah tidak berwarna)
  • Najis/tahi bayi berwarna pucat (ia mestilah kuning atau oren)

Gejala jaundis biasanya akan mula kelihatan 2 hari selepas kelahiran dan kebiasaan tidak kritikal.

Ianya akan beransur hilang tanpa perlukan rawatan lanjut dalam masa 2 minggu usia kelahiran bayi.

Our Pick
baby balm tasneem set kuning

Baby Balm Tasneem Naturel

✅ Lulus KKM

✅ Bahan semulajadi, selamat digunakan

✅ Tidak panas, tidak melekit

✅ Bau wangi

Petua Hilangkan Kuning Bayi

petua hilangkan kuning bayi
  1. Ibubapa digalakkan untuk kerap memberikan susu kepada bayi. Hal ini bagi memastikan bayi mendapat kandungan zat makanan yang mencukupi.
  2. Kejutkan bayi,jika bayi kerap tidur supaya minum susu. Ibu bapa perlulah bagi susu setiap 2 jam atau setiap 1 jam supaya bayi dapat susu yang secukupnya untuk berak.
  3. Dedahkan bayi dengan sinaran matahari pada setiap waktu PAGI seawal 7-9 pagi, sekitar 10-15 minit sahaja tanpa mengenakan pakaian.
  4. Elakkan pengambilan jamu atau herba dan makanan-makanan yang panas seperti lada hitam, halia dan sebagainya ketika bayi mengalami jaundis.
  5. Rawatan fototerapi biasanya dimulakan apabila paras bilirubin mencecah tahap tinggi. Namun rawatan ini kebiasannya bergantung kepada umur bayi dan sama ada bayi cukup bulan ataupun pramatang.

Baca juga : 5 Cara Hilangkan Kuning Bayi Dalam Masa 4 Hari

RAWATAN FOTOTERAPI

Jenis–Jenis Jaundis

Antara jenis jaundis yang sering terjadi kepada bayi ;

Jaundis Neonatal

Biasanya bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran.

Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang masih belum cukup matang.

Jaundis bermula dalam masa dua hari selepas lahir.

Jaundis Neonatal

Jaundis jenis ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat :

  • Fisiologi Jaundis
  • Patologi Jaundis

Fisiologi Jaundis

Perubahan warna kulit bayi kepada warna kekuningan. Ini disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah.

Patologi Jaundis

  •  Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak. Ini terjadi apabila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah O.
  • Defisiensi G6PD pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Walaubagaimanapun tidak ramai bayi yang mengalami masalah ini. Kini, semua bayi akan diperiksa status G6PD sejurus selepas lahir.
  • Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.
jaundis

Punca Kuning Bayi Lambat Turun

Ada beberapa faktor dan sebab dan ianya juga bergantung kepada jenis jaundis yang dialami oleh bayi.

Sumber daripada KKM, jaundis boleh berpanjangan jika kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang lahir cukup bulan dan untuk bayi yang lahir pramatang pula selama 21 hari.

Ini disebabkan oleh :

  1. Penyusuan susu ibu sepenuhnya (breast milk jaundice).
    Jaundis yang berpanjangan ini tidak menjadi bahaya kepada bayi jika ibu tidak mengambil ubat – ubatan tradisional. Walaubagaimanapun, penyusuan susu ibu perlu diteruskan.
  2. Penyekatan aliran hempedu daripada hati ke usus yang akan mengakibatkan najis pucat dan air kencing yang pekat. Akan tetapi kes ini jarang terjadi.
  3. Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang berlaku.
    Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan dari bahagian darah tali pusat.
Our Pick
mandian kuning bayi

Set Mandian Bayi

Mandikan bayi dengan ramuan herba yang disediakan dalam bentuk bunjut. Mudah disediakan dan dicampurkan dengan air yang suam untuk mandia.

Kuning Bayi Bacaan Normal dan Kritikal

Pakar Perubatan Keluarga Amerika menjelaskan bacaan normal bagi jaundis bayi ialah kurang daripada 5 mg/dL.

6ACWKnshtp6yXF9EizadxjIxxIoeGk1VjApoCn Rw9CrrNQvdD0N3v7VjZ0K3YVZwRQJl71g1 NMTeDKne85LKkuuoVWrdY

Graf menunjukan bacaan tahap risiko jaudis bayi yang dinilai berdasarkan jumlah tahap bilirubin mengikut usia bayi dalam kiraan jam

Bagi bacaan lebih daripada 5 mg/dL dianggap sebagai jaundis.

Rawatan dengan kaedah Fototerapi akan diberikan kepada bayi jika bacaan jauh lebih tinggi.

Dan ianya juga bergantung kepada faktor-faktor seperti ;

  • berapa hari bayi sudah lahir
  • kadar kenaikan bacaan bilirubin
  • berat badan bayi dan lain-lain lagi

Bacaan jaudis bayi yang memerlukan rawatan fototerapi biasanya tahap bilirubin melebihi bacaan 359 umol/l (21 mg/dL)

Bacaan  kuning tidak normal – Tahap bilirubin melebihi 428 umol/l (21 mg/dL)

Sekiranya tahap bilirubin tetap tidak turun selepas rawatan fototerapi, bayi terpaksa menjalani pemindahan darah dengan darah lain

Tahap bacaan kuning bayi juga mempunyai beberapa perkara yang perlu dinilaikan untuk memastikan tahap jaundis.

Ujian-ujian penilaian lain yang perlu dibuat untuk menentukan status jaundis bayi seperti yang terdapat dalam panduan Pengurusan Jaundis Neonatal  yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Anda memerlukan nasihat doktor untuk mengetahui tahap keseriusan kuning bayi anda dan langkah-langkah seterusnya.

Susu Formula Untuk Bayi Kuning

Penyusuan susu ibu adalah langkah terbaik untuk mengurangkan masalah jaundis bayi. Secara asasnya, semakin kerap ibu menyusukan bayi maka semakin kerap bayi kencing dan berak.

Apabila bayi kerap kencing dan berak, maka lagi cepat turun bacaan kuningnya.

Tetapi terdapat juga sesetengah kes bagi ibu yang mempunyai masalah susu kurang.

Bagi masalah seperti ini biasanya jururawat / doktor akan menasihatkan untuk ibu memberikan bayi minum susu formula.

minum susu

Teknik penyusuan yang betul juga penting bagi mengelakkan bayi kembung perut.

Bagi yang memberikan susu formula, penyusuan yang mencukupi bayi yang mengalami jaundis diberikan antara 8-12 kali sehari.

Ada banyak jenis susu terbaik untuk bayi yang ada di pasaran yang boleh anda berikan kepada bayi.

Hasil daripada carian, dua jenis susu formula untuk kuning bayi yang paling banyak di rekomendasi oleh ibu-ibu di Malaysia ialah Susu Karihome dan Susu S26.

Ada tips mudah simpan susu ibu bagi tahan lama adalah dengan simpan dalam peti beku.

Susu Karihome Untuk Kuning

O0taI7eVW2cmZBx2uYiiMq9bzadGVLFHYDYOgtQxYcO9ue66SDEKEL SNe Q frE0rn PrgPof0RhYMvEygXQIMzOm10lJMNkxY7Fy5ACjwcQCRK1NpojaL0Y6I4V0eFPvaZwxZ

Karihome Susu Kambing Formula Bayi Langkah 1 (Goat Milk Infant Formula) 400g. Susu ini sangat sesuai untuk bayi 0 – 6 bulan.

Susu kambing keluaran Produk New Zealand. Anda jangan risau sebab sudah dijamin Halal oleh Persekutuan Persatuan Islam New Zealand (Inc) 

Dalam kajian yang dijalankan oleh seorang pengkaji dari Universiti Granada, Dr Javier Díaz Castro pula mendedahkan, susu kambing lebih bermanfaat untuk kesihatan.

Sementara, menurut penyelidik Tetsu Johke & Takashi Goto, susu kambing mengandung jumlah nukleotida semula jadi yang dapat meningkatkan sistem imun badan

Susu S26 Untuk Bayi Kuning

1MXyJa3ifuOb3KuaSlBAXLREV4r81CZ zdJ1yKasRTFXrOyD ga9PTKCulw8I5

Susu S26 adalah susu formula yang mempunyai Kalsium, Lutein, A-Protein, AA & DHA dan juga 5 Nukleotida untuk membantu bayi tambah berat badan.

  • Susu formula ini sesuai untuk bayi baru lahir. Dari umur 0 – 12 bulan
  • Jika bayi ada masalah pencernaan makanan dan susah nak membuang. Susu formula ini boleh bantu selesaikan masalah bayi sembelit.
  • Susu ini juga sesuai untuk bayi yang alergik dengan susu berasaskan susu kambing

Walaupun begitu pengambilan susu formula perlulah mendapat nasihat daripada jururawat/doktor yang memeriksa bayi anda.

Ini kerana usus bayi di bawah 6 bulan belum lagi matang.

Kesimpulan

Kuning bayi merupakan sesuatu perkara biasa akan berlaku kepada setiap bayi yang dilahirkan. Sebagai ibu bapa, terutama yang pertama kali menerima cahaya mata.  

Berikut beberapa perkara yang anda perlu tahu. Iaitu bayi anda mungkin sihat jika :

  • Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk.
  • Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.
  • Bayi anda sihat dan aktif.

Tetapi sekiranya bayi anda mengalami tanda-tanda berikut, anda harus dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya :

  • Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
  • Peningkatan kekuningan yang cepat.
  • Bayi anda mengalami defisiensi G6PD.
  • Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.
  • Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.
  • Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.

Para ibubapa seharusnya lebih fokus kepada sebarang perubahan yang berlaku kepada bayi. Dapatkan bantuan segera daripada doktor yang berhampiran jika ada berlaku sebarang masalah.

Tolong tekan button dibawah untuk share kepada rakan-rakan anda :

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *