Jenis susu terbaik untuk bayi
Jika anda sedang mencari apakah susu terbaik untuk bayi anda, perkongsian ini adalah untuk rujukan para ibu bapa. Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk si kecil.
Namun tidak semua ibu berpeluang untuk menyusukan bayi mereka sendiri selepas sahaja dilahirkan atas banyak faktor.
Antaranya ibu yang mempunyai masalah kurang susu badan, susu lambat atau dan lain-lain sebab.
Bagi golongan ibu yang mempunyai masalah penyusuan susu ibu, atau yang memilih untuk tidak menyusu, susu formula untuk bayi adalah satu- satunya alternatif yang sesuai untuk mengantikan susu ibu dan harus menjadi satu-satunya sumber nutrisi bagi bayi untuk 6 bulan pertama.
Pemilihan makanan bayi juga penting untuk elakkan kita berikan makanan yang kurang sesuai dengan keperluan harian si kecil.
Susu Formula Terbaik Untuk Bayi
Sebagi Ibu bapa yang mementingkan kesihatan dan tumbesaran si kecil,pasti akan memberikan susu terbaik untuk bayi anda.
Susu formula membekalkan bayi dengan nutrien yang mereka perlukan untuk membesar dan berkembang. Walau bagaimanapun, susu formula tidak mempunyai manfaat kesihatan yang sama seperti susu ibu untuk anda dan bayi anda.
Sebagai contoh, ia tidak mempunyai sistem imun yang melindungi bayi anda daripada jangkitan. Sebab itu sangat penting cara simpan susu badan dengan cara yang betul.
Susu formula untuk bayi biasanya diperbuat daripada susu lembu yang telah dirawat supaya lebih sesuai untuk bayi.
Senarai Susu Terbaik Untuk Bayi Pilihan Ibu bapa di Malaysia Mengikut Umur Bayi
Terdapat pelbagai jenis jenama dan jenis susu formula yang terdapat di farmasi dan kedai. Sebelum membuat pilihan, sebaiknya semak label dengan teliti terlebih dahulu untuk memastikan anda membeli susu terbaik untuk bayi anda.
Contoh syarat yang dikenakan oleh FDA, pengeluar perlu meletakan label yang menyenaraikan kandungan ramuan dan nutrien yang mesti ada dalam susu formula
Sebagai tambahan, susu formula yang terbaik untuk si kecil perlulah sekurang-kurangnya menepati keperluan FDA yang mana badan ini mempunyai peraturan ketat tentang ramuan dan nutrien yang perlu ada dalam susu formula bayi sebelum boleh dipasarkan.
Bagi ibu bapa yang kali pertama membeli susu formula bayi, mungkin akan tertanya-tanya apakah yang di maksudkan dengan perkataan yang terdapat pada susu formula seperti ;
- Susu ‘Langkah 1’ (Step 1): Susu formula sesuai untuk bayi yang berusia sejak lahir hingga umur 12 bulan.
- Susu ‘Langkah 2’ (Step 2): Susu formula sesuai untuk bayi yang berusia lebih daripada 6 bulan hingga 18 bulan.
- Susu ‘Langkah 3’ (Step 3): Susus formula sesuai untuk bayi yang berusia daripada 1 tahun ke atas.
Susu terbaik untuk bayi anda juga akan berbeza-beza bergantung pada umurnya. Sebagai panduan, berikut ialah panduan memilih jenis susu untuk bayi mengikut peringkat umur.
Susu Formula Yang Sesuai Untuk Bayi Usia 0-6 Bulan
Untuk enam bulan pertama, bayi perlu mendapat semua nutrisi yang mereka perlukan daripada susu ibu atau susu formula.
Susu ibu, khususnya, penuh dengan protein, gula dan lemak yang sesuai yang diperlukan si kecil untuk membesar (dalam bentuk yang mudah dihadam), serta antibodi yang boleh membantu meningkatkan sistem imunnya dan membantu melawan penyakit.
Antara jenis susu terbaik untuk bayi yang banyak disyorkan oleh para ibu bapa di Malaysia untuk bayi berusia 0-6 bulan pertama adalah seperti ;
1.Enfalac A+ Langkah 1 (Baik untuk perkembangan Otak)
kaya dengan DHA + ARA direka khas untuk kegunaan bayi sejak lahir hingga usia anak tersebut mencecah 12 bulan.
Jika anda sedang mencari susu formula bayi yang bagus untuk perkembangan otak, rumusan DHA & ARA yang terkandung di dalam susu ini memang diperlukan oleh simanja kita.
Rumusannya juga mengandungi kanji beras bagi membantu anak yang sering memuntahkan kembali apa yang diminumnya. Kandungan kanji beras dalam susu ini menjadikannya lebih pekat supaya mengurangkan risiko anak kita muntah dengan kerap.
2.Enfalac A+ Gentlease 0-12 bulan (1.7 kg) (Susu untuk Bayi Sembelit)
Susu formula Enfalac A+ Gentlease 0-12 bulan pula selain kaya dengan DHA + ARA, ianya sesuai untuk bayi mempunyai perut yang sensitif.
Susu formula ini mengandungi protein yang mudah dihadam. Ianya bagus untuk bayi yang sembelit dan cirit-birit
3.Dumex Mamex Rumusan Langkah 1 – Susu Bayi Unuk Masalah Sembelit & Kembung Perut
Sesuai untuk bayi yang ada masalah sembelit dan kembung perut. Mempunyai DHA, AA, Vitamin A,C,D,E, Protein, Calcium, Zinc, Iron, Idine.
Formula Oligosaccharide dengan 90%, GOS (0.72g/100ml) dan 10% IcFOS (0.08g/700ml) menolong penghadaman dan immunisasi intestin bayi
4. S26 SMA 0-12 Bulan (Langkah 1) -Susu Bayi Untuk Tambah Berat Badan
Susu formula mengandungi rumusan bayi khasiat seperti Kalsium, Lutein, A-Protein, AA & DHA dan juga 5 Nukleotida yang menjadikan susu rumusan bayi ini terbaik untuk membantu bayi menambahkan berat badan
Susu Formula Untuk Bayi Usia 6-12 Bulan
Pada usia bayi mulai 6 bulan sehingga umurnya 1 tahun, satu-satunya jenis susu yang si kecil patut minum ialah susu ibu atau susu formula.
Ini kerana sistem penghadaman bayi masih sensitif, dan si kecil memerlukan semua nutrien (seperti vitamin E dan zink) yang di perlukan untuk tumbesaranya.
Secara semulajadi bila bayi semakin meningkat usia, keinginan dan kuantiti susu yang diperlukan si kecil juga akan beransur-ansur mulai berkurangan.
Bayi 6 bulan tidak semestinya perlu menukar ke susu formula tahap 2. Tetapi susu tahap seterusnya selalunya lebih berkhasiat daripada formula tahap 1 dan mengandungi lebih banyak tenaga.
Susu formula tahap 2 mengandungi bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan pada waktu si kecil sudah bersedia untuk memakan makanan tambahan.
Rumusan susulan harus digunakan mulai bulan ke 7 paling awal dan boleh digunakan hingga akhir fasa pemberian botol
Rumusan untuk bayi 6 bulan ke atas disebut formula susulan. Susu susulan juga boleh mengandungi nutrien tahap yang berbeza dibandingkan dengan susu formula, dan formula susulan tidak sesuai dengan bayi di bawah enam bulan.
Namun sekiranya bayi anda membesar sihat dengan susu formula tersebut, anda tidak perlu merubah menjadi susulan pada 6 bulan dan boleh terus menggunakan formula bayi yang sama sehingga 12 bulan.
Berikut pula senarai susu formula tahap 2 untuk bayi berusia 6-12 tahun yang menjadi pilihan ibu-ibu di Malaysia
1. Frisolac Step 2 – Susu Untuk Bayi Sembelit
Mengandungi nutrien penting untuk menyokong pencernaan bayi anda dan kesihatan usus dengan prebiotik dan probiotik.
Ia juga seimbang dengan nutrien seperti DHA dan AA untuk perkembangan otak, dan antioksidan seperti, Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E untuk kesihatan imun.
2.Nestle Nan HA Stage 2 Hypoallergenic – Susu Bayi Baik untuk alahan
Disyorkan untuk bayi yang mungkin berisiko mendapat alahan.Rasa susu mungkin sedikit berbeza kerana proses hidrolisis.
Namun, rasa ini mudah diterima oleh bayi dan kanak-kanak. Susu formula ini juga mengandungi (DHA) dan Asid Arachidonic (ARA).
3.Nestle NAN Pro Step 2 – Susu Formula Baik untuk pencernaan bayi
Formula Susulan Nestle Nan Pro Langkah 2 adalah untuk bayi dari 6 hingga 36 bulan. Produk ini tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah umur 6 bulan.
Ia membekalkan bayi anda dengan nutrien untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.
Formula juga mengandungi Probiotik Lactobacillus rhamnosus CGMCC 1.3724 dan Bifidobacterium longum ATCC BAA-999. DHA dan ARA.
4.Aptamil Follow Up Formula Step 2 – Susu Terbaik untuk tumbesaran Bayi
Susu formula Aptamil Follow Up Formula Step 2 mengandungi nukleotida,zink,selenium,VIT A,C,D,E dan Beta Carotene untuk menyokong pengembangan sistem imun.
selain itu juga ianya mempunyai campuran DHA dan ARA yang optimum,zat besi,iodin,asid folik kolin dan taurin yang menyokong fungsi otak dan visual.
Untuk menyokong pertumbuhan fizikal, ianya mengandungi protein,kalsium,fosforus,vitamin D dan K
5.Nestle Lactogen Milk – Susu Bayi Yang Ekonomi
Lactogen mempunyai harga yang sangat berpatutan jikalau di bandingkan dengan susu untuk bayi dari jenama yang lain.
Walaupun begitu, susu ini mudah untuk dihadam sekiranya di bandingkan daripada jenama lain. Ia diperkaya dengan khasiat seperti Omega 3 and 6, DHA, probiotic Lactobacillus Reuteri, Taurine dan L-Carnitine. Susu formula ini juga adalah salah satu terbaik untuk bayi sembelit.
Apa Punca Bayi Muntah Susu?
Terdapat beberapa punca boleh menyebabkan bayi muntah selepas minum susu. Situasi ini pastinya akan merisaukan para ibu bapa. Menurut portal babycenter berikut adalah beberapa punca dan sebab mengapa bayi muntah selepas minum susu yang perlu ibu bapa ketahui.
Terjeluak
Hampir 50% hingga 60% bayi berusia lingkungan 3 bulan akan mengalami gejala ini. Ia dijangka akan apabila bayi berusia 1 – 2 tahun, tanpa memberi kesan besar terhadap kesihatan bayi tersebut.
Maksudnya, anda tak perlu risau kerana bayi akan tetap membesar secara normal dan mempunyai tahap tumbesaran yang sihat.
Untuk mengurangkan bayi terjeluak ada beberapa tips yang di kongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang para ibu boleh cuba untuk praktikan ;
- Pegang bayi anda dalam posisi menegak dan sendawakannya dalam20 minit pertama selepas makan/minum.
- Elakkan menimang bayi dalam pangkuan anda atau meletakkan bayi anda dalam posisi bongkok di kerusi bayi selepas makan/minum.
- Apabila menidurkan bayi anda, pastikan kepala bayi berada di kedudukan yang lebih tinggi daripada kakinya.
Alahan
Bagi bayi yang mempunyai perut yang sensitive. Ada kemungkin bayi anda mempunyai alahan pada susu lembu.
Sekiranya anda memberi susu formula yang mengandungi bahan berasaskan susu lembu,Ini bermakna sistem bayi memberi reaksi pada protein susu lembu tersebut. Manakala intoleransi laktosa pula, bayi anda mengalami masalah untuk menghadam laktosa iaitu gula semula jadi yang ada dalam susu.
Jika bayi anda minum susu formula, cuba untuk tukar kepada formula hypoallergenic
Batuk dan kahak
Bayi yang mengalami masalah kesihatan seperti demam, batuk, atau kahak yang banyak menyebabkan tekak bayi tidak selesa.
Perkara ini boleh menjadi punca bayi selalu muntah.
Lazimnya muntah ini mengandungi lendir atau kahak tersebut. Sekiranya berterusan, silalah bawa bayi anda untuk pemeriksaan doktor jika batuk berkahak berterusan sehingga mengganggu penyusuan.
Sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan bayi muntah selepas minum susu adalah seperti ;
- Posisi menyusu yang kurang selesa
- Aliran susu terlalu laju
- Minum terlalu banyak
- Terlampau aktif selepas menyusu
Tanda Susu Formula Tidak Sesuai Dengan Bayi
Tidak ada satu jenama atau jenis susu formula yang terbaik yang sesuai untuk semua bayi.
Dan apa yang para ibu bapa perlu tahu tidak semua formula adalah sama. Walaupun sesetengah bayi mungkin sesuai dengan satu jenama atau jenis. Namun bayi yang anda mungkin tidak.
Semuanya bergantung kepada apa yang paling sesuai dengan si kecil anda.
Ini kerana setiap bayi adalah unik, bergantung pada umurnya dan mungkin akan berubah dari tahun ke tahun.
Sekiranya si kecil anda mengalami tanda-tanda berikut, bermaksud anda perlu untuk menukar susu formula si kecil anda.
1. Cirit-Birit atau Sembelit
Paling kerap berlaku pada bayi yang tidak sesuai dengan susu formula yang digunakan ialah bayi mengalami sembelit atau cirit-cirit.
Keadaan ini boleh di perhatikan pada tekstur dan warna najis bayi. Perhatikan sama ada najis tersebut keras atau lembut.
Perhatikan juga warna najis si kecil. Antara tanda-tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi anda ialah najis terlalu cair.
Atau bayi sembelit di mana najis bayi disertai dengan darah. Jika di biarkan,bayi berisiko mengalami masalah usus dan akan gagal untuk mencapai berat badan yang optimal untuk tumbesaran.
2. Sakit Perut atau Kembung Perut
Selepas bayi minum susu formula, bayi mengalmi masalah kembung perut atau Colic adalah antara tanda susu formula tersebut tidak sesuai untuk bayi anda.
Si kecil akan menangis tanpa henti dan perutnya kelihatan kembung yang menunjukkan bahawa dia sedang dalam kesakitan atau tidak selesa.
Jika ini terjadi hanya pada peringkat awal pemberian susu, anda boleh sapukan minyak angin sahaja untuk melegakan ketidakselesaan perut si manja.
Namun jika berterusan, anda perlu serta merta hentikan penggunaan susu formula tersebut dan membawa bayi anda berjumpa doktor.
3. Bintik-bintik Merah
Bintik merah pada bayi akibat alergi susu berbeza dengan bintik merah akibat bayi berpeluh.
Adakalanya bintik merah ini boleh menyebabkan rasa gatal pada kulit bayi.
Anda kena selalu perhatikan sama ada badan bayi naik bintik-bintik merah yang banyak ataupun tidak. Jika tidak dirawat dengan cepat, bayi lebih terdedah kepada risiko untuk mendapat ekzema atau penyakit kulit.
4. Masalah pernafasan
Seperti orang dewasa, bayi juga akan mengalami masalah pernafasan sekiranya berlaku alahan terhadap susu formula.
Gangguan sistem pernafasan terhadap bayi akan menyebabkan terhasilnya lendir yang berlebihan sehingga nafas bayi berbunyi seolah-olah bayi mengalami penyakit asma atau lelah.
Selain daripada masalah pernafasan, bayi anda mungkin juga akan mengalami simptom bersin, gatal hidung, dan mata yang akan berubah menjadi merah.
5. Muntah
Kemungkinan untuk bayi memuntahkan semula susu tersebut adalah tinggi pada pertama kali si kecil mencuba untuk menyusu susu formula. Ini kerana bayi anda masih belum biasa dengan susu formula tersebut.
Sekiranaya perkara ini berlaku, jangan paksa bayi untuk minum susu formula secara berterusan hanya untuk membiasakannya dengan rasa susu formula tersebut.
6.Batuk
Sekiranaya bayi anda sering batuk terutamanya selepas minum susu formula,sila berhenti dengan segera dan tukar susu formula si kecil anda kepada pilihan susu formula yang lain.
Dibawah merupakan beberapa panduan bagaimana anda boleh atau harus menukar susu formula bayi anda kepada yang lebih baik.
Susu Bayi FAQ
Tugas mencari susu formula bukanlah sesuatu perkara yang boleh dianggap remeh. Bukan mahal atau murah yang menjadi ukuran, tetapi keadaan bayi kita sendiri.
Lambakan susu formula yang ada di pasaran pasti akan membuatkan para ibu bapa sedikit pening untuk memilih susu formula mana yang bagus untuk si kecil
Sebagai ibu bapa, apa yang boleh anda lakukan ialah dengan mendapatkan nasihat pakar, mendapatkan review dan rekomendasi ibu-ibu lain serta, WAJIB mengambil tahu mengenai bahan-bahan yang terkandung di dalam susu tersebut sebelum memberikan kepada si kecil anda.
Inilah Susu Terbaik Untuk Bayi Anda
Susu terbaik untuk bayi adalah susu ibu. Susu ibu membekalkan sumber nutrisi yang terbaik kepada bayi.
Sebaik mana pun susu formula yang di hasilkan, ianya masi tidak dapat menandingi susu ibu yang mana ianya mempunyai kandungan nutrisi yang mampu menguatkan imuniti bayi.
Cuma kena pastikan ketika menyusu keadaan bayi tidak sedu. Kami juga ada kongsikan cara cukur rambut bayi dengan mudah.
Oleh sebab kebaikan yang terbukti dalam susu ibu, WHO turut menyarankan ibu untuk menyusukan bayi mereka sejak lahir sehingga usia enam bulan dan meneruskannya sehingga umur anak dua tahun.
Tolong tekan button dibawah untuk share kepada rakan-rakan anda :