Kelebihan Cukur Rambut bayi
Perlukah untuk cukur rambut bayi wajib atau tidak? Adakah ianya tidak mendatangkan sebarang mudarat kepada si kecil? Terdapat banyak pandangan mengenai perbuatan ini.
Selain itu, sebagai ibu bapa mesti juga ada yang rasa sayang nak botakkan bayi yang dilahirkan dengan rambut yang lebat dan cantikkan.
Bagi bagi bayi islam, perbuatan mencukur rambut adalah sesuatu perbuatan sunat yang jika dilakukan akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.
Sebenarnya amalan ini bukan sahaja dilakukan oleh orang islam, malah agama dan masyarakat lain juga ada melakukan amalan ini mengikut kepercayaan setiap masing-masing. Kebanyakanya percaya amalan ini membawa kebaikan kepada bayi.
Contohnya bagi masyarakat di negara China ,ianya di panggil Man Yue. Upacara ini biasanya dilaksanakan dengan meriah ketika bayi berusia 1 bulan.
Ketika acara tersebut, orang-orang tua yang datang akan diminta untuk memotong rambut bayi. Kemudian, hasil potongan rambut bayi akan dibungkus dengan kain merah dan dijahit pada bantal bayi.
Menurut kepercayaan masyarakat China, perbuatan ini akan membuatkan bayi membesar menjadi seorang anak yang berani.
Dengan membotakkan bayi juga, sebenarnya ianya bagus untuk kebersihan si kecil. Ianya membantu untuk membuang rambut bayi yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran.
Malah kami juga kongsikan cara rawat bayi demam dengan mudah.
Kelebihan Cukur Rambut bayi
Selain dari sudut ke agamaan, berikut beberapa kelebihan dan kebaikan mencukur rambut bayi yang turut di kongsikan oleh portal Times Indonesia
- Ianya untuk lebih mudah membersihkan kulit kepala bayi yang terlindung oleh rambut yang mungkin masih melekat kotoran lemak dan lendiran di dalam rahim.
- Kepala bayi biasanya kuat mengeluarkan peluh. Si kecil akan lebih selesa untuk berpeluh bila rambutnya tiada. Dan untuk ibu bapa mudah untuk peluhnya.
- Sesetengah bayi mengalami kerak di kepalanya. Kerak tersebut berwarna kekuningan dan berminyak serta mengeluarkan bau yang hamis. Bila rambut bayi dicukur licin, mudah untuk ibu bapa melihat keadaan bayi tersebut. Malah minyak bagi merawat kerak di kepala pun mudah disapu sekiranya bayi tersebut botak.
- Aliran darah akan lebih mudah meningkat ke kepala. Ianya membantu oksigen untuk lebih tertumpu ke perkembangan otaknya sekaligus membuatkan si kecil akan lebih cergas dan cerdas.
Cukur Rambut Bayi Hari Ke Berapa?
Dalam islam disunatkan untuk dibuat pada hari ke 7 kelahiran bayi.
Ianya juga terdapat dalam satu hadis yang disebut dari rujukan tersebut adalah daripada riwayat oleh Samurah bin Jundub RA bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
كلُّ غُلامٍ رَهينةٌ بعَقيقةٍ تُذبَحُ عنه يومَ سابعِهِ، ويُحلَقُ رأسُهُ، ويُسَمَّى
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih (aqiqah) untuknya pada hari yang ketujuh, dicukur rambutnya, dan diberikan nama.” Riwayat Abu Daud (1522)
Cara Cukur Rambut Bayi
Sebelum anda merancang untuk mencukur rambut si kecil, sebaiknya cuba untuk buatkan kecil anda dalam keadaan tenang dan selesa.
Selain itu, ianya juga boleh di buat ketika bayi tidur. Ianya lebih mudah dan boleh mengelakkan daripada bayi mengeliat dan bergerak-gerak yang boleh menyebabkan kepala bayi terluka terkena pisau pencukur.
Bahan Dan Peralatan Mencukur
Berikut adalah senarai cadangan peralatan yang anda boleh sediakan terlebih dahulu
- Gunting rambut
- Pisau pencukur
- Bekas berisi air
- Syampu rambut bayi
- Tuala
- Bedak sejuk atau bedak bayi
Berikut adalah cara untuk mencukur bayi ;
- Sediakan 1 bekas berisi air
- Basahkan kepala bayi dan boleh juga gunakan sedikit syampu rambut bayi untuk memudahkan rambut dicukur
- Guna mesin cukur/pisau cukur baru dan tajam
- Celupkan pencukur ke dalam bekas berisi air tadi setiap kali mencukur untuk membersihkan pisau cukur daripada helaian rambut
- Selepas siap, keringkan kepala bayi dan sapu bedak sejuk agar bayi selesa dan nyaman
Tips Untuk Mengelakan Kepala Bayi Terluka Ketika Mencukur
Jika rambut si kecil terlalu panjang, sebaiknya potong dahulu rambut si kecil anda menggunakan gunting sehingga pendek untuk memudahkan pencukuran.
- Jika rambut si kecil terlalu panjang, sebaiknya potong dahulu rambut si kecil anda menggunakan gunting sehingga pendek untuk memudahkan pencukuran.
- Gunakan mesin pencukur yang khas untuk bayi terdapat di pasaran. Kebiasanya ianya telah direka khas dengan mengambil kira factor keselamatan dan keselesaan bayi
- Mula mencukur dari atas ke bawah.
- Sebaiknya dilakukan oleh dua orang. Satu orang memegang bayi dan satu orang lagi untuk mencukur rambut.
- Pastikan diri anda tenang dan tidak gementar ketika mencukur. Sekiranya tidak berkeyakinan, minta bantuan daripada keluarga atau mereka yang berpengalaman.
Hukum Cukur Rambut Bayi
Hukum cukur rambut bagi orang islam ialah sunat. Seperti yang di kongsikan oleh Mufti Wilayah Perkekutuan
Ini berdasarkan hadith daripada Saidina Ali RA, katanya:
عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَسَنِ بِشَاةٍ وَقَالَ: يَا فَاطِمَةُ احْلِقِى رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِى بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً، قال: فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mengaqiqahkan seekor kambing bagi al-Hasan lantas bersabda: “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah berat rambut tersebut selepas dinilaikan dengan (timbangan) perak.” Ali berkata: “TImbangannya menyamai satu dirham atau setengah dirham.” Riwayat al-Tirmizi (1519)
Ada banyak juga tradisi orang melayu berkaitan bayi namun perlu dirujuk semula dengan mereka yang pakar. Sama ada hukumnya boleh ataupun tidak.
Contohnya kalau bayi batuk boleh berikan ubat batuk tradisional sebagai rawatan. Jika ramuannya selamat dan sesuai dengan bayi.
Cara Nak Timbang Rambut Bayi
Tujuan menimbang rambut yang dicukur adalah untuk dinilaikan beratnya dengan harga emas semasa, atau perak.
Nilai tersebut akan diberikan sebagai kepada orang yang memerlukan.
Cara untuk menimbang rambut bayi selepas di cukur ;
- Sisa-sisa rambut bayi yang telah di cukur tadi pastikan telah kering terlebih dahulu untuk mendapatkan nilaian yang tepat.
- Timbang dahulu berat beg plastik kosong
- Masukkan ke dalam beg plastik dan timbang
- Kemudian timbang berat beg plastic bersama rambut.
- Untuk dapatkan nilai berat rambut, tolak perbezaan berat beg plastik kosong dan berat rambut sahaja tanpa berat plastik
- Darabkan berat rambut tadi dengan nilai emas semasa atau perak mengikut kemampuan ibu bapa kepada bayi.
Cara Nak Sedekah Ikut Berat Timbangan Rambut Bayi
Untuk bersedekah mengikut cukur timbangan rambut bayi. Nilainya boleh dibuat bersandarkan berat emas, atau perak. Ianya terpulang mengikut kemampuan anda.
Sekiranya berkemampuan, amatlah digalakkan untuk dilakukan oleh mereka yang berkemampuan untuk menzahirkan kegembiraan dan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.
Namun, jika tidak dicukur rambutnya, boleh juga menyedekahkan dengan anggaran sahaja dan mengikut kemampuan .
Kesimpulan
Amalan ini bukan sahaja adat kepada orang melayu, malah ianya turut menjadi amalan kebanyakan agama lain. Perbuatan ini merupakan amalan sunnah Rasulullah s.a.w. yang afdhal untuk diamalkan.
Cumanya sekiranya ingin mencukur rambut, agar jangan dicukur separuh-separuh kerana perbuatan ini di panggil qaza` yang dilarang oleh Syarak.
Sudah pasti dalam setiap anjuran Islam itu pasti ada hikmah dan kelebihanya.
Seperti yang dikongsikan dalam portal Islamqa mencukur bayi, ianya bukan sahaja perbuatan yang di anjurkan oleh agama malah ianya turut mempunyai kebaikan dan kelebihan tersediri kepada kesihatan bayi.
Antara contohnya seperti menghilangkan kemudaratan darinya, menghilangkan rambut yang lemah dan menumbuhkan rambut yang lebih.
Kami juga ada berkongsikan penulisan bagaimana tips simpan susu ibu dengan betul.
Tolong tekan button dibawah untuk share kepada rakan-rakan anda :