cara rawat bayi demam

Cara Rawat Bayi Demam

Bayi demam menjadi satu kerisauan kepada ibu bapa dan perlu dirawat segera. Lebih-lebih lagi sejak tercetusnya pandemic Covid-19.

Yang mana salah satu tanda-tanda kanak-kanak yang dijangkiti covid-19 ialah mempunyai gejala demam.

Apa petunjuk bayi demam biasa, dan apakah siptom yang menunjukan bayi perlu di rawat segera. Sebagai ibu bapa, jangan terkejut kerana terdapat pelbagai sebab bayi anda boleh demam.

Demam merupakan petunjuk ataupun tindak balas normal badan sedang melawan kuman atau organisma lain yang menjangkiti badan.

Apabila suhu badan panas akibat keradangan yang berlaku, ini menunjukkan badan mempunyai kebolehan untuk melawan organisma jahat.

Ibubapa perlu penjagaan bayi yang lebih teliti ketika bayi demam.

Apakah Suhu Bayi Demam Yang Biasa Dan Bacaan Suhu Yang Kritikal?

rawat bayi demam

Suhu demam bayi naik boleh disebabkan oleh banyak faktor.

Selain dari faktor cuaca tidak menentu, keadaan persekitaran yang tidak sihat dan juga pemakanan boleh mengundang kepada kenaikan suhu bayi secara mendadak.

Suhu Demam Bayi Biasa

Suhu yang tinggi adalah tindak balas semula jadi badan untuk melawan jangkitan seperti batuk dan selsema.

Banyak ubat batuk tradisional khas untuk batuk bayi yang berpanjangan.

Banyak perkara boleh menyebabkan suhu tinggi pada kanak-kanak, daripada penyakit biasa kanak-kanak seperti cacar air dan tonsillitis, dan juga boleh terjadi disebabkan pengambilan suntikan imunisasi/ vaksinasi.

Menurut portal kesihatan NHS suhu normal, bagi bayi biasanya akan mempunyai bacaan suhu sekitar  36.4 °C. Manakala suhu bayi yang demam bacaannya bermula dari 38 °C

Suhu Demam Bayi Yang Tinggi

Bacaan suhu demam bayi yang tinggi/kritikal jika;

  • Bayi yang berumur kurang daripada 3 bulan dengan suhu rektum 38° Celcius atau lebih tinggi
  • Bacaan suhu lebih tinggi daripada 39° Celcius

Perkongsian dari KidsHealth bagi bayi yang berusia lebih 3 bulan, sekiranya bacaan suhu lebih rendah daripada (38.9°C) selalunya tidak memerlukan ubat melainkan mereka tidak selesa.

Tetapi bagi bayi berusia 3 bulan ke bawah yang mempunyai suhu rektum (38°C) atau lebih tinggi, ibu bapa dinasihatkan untuk segera bawa bayi berjumpa pakar kesihatan atau pergi ke jabatan kecemasan dengan segera.

Ini kerana bayi yang berusia bawah 3 bulan sangat sensitif dan perlu mendapatkan nasihat atau rawatan pakar walaupun bacaan suhu demam tidak tinggi, ianya boleh menjadi tanda kepada jangkitan kuman atau penyakit yang serius kepada bayi.

Termometer Untuk Mengukur Suhu Bayi

Hmxz3aJMCcL79YKJX4XJdCyQTlCUhXZr31yootn1Y8jTUtl7no73QNZ5Bt11NbrH8O0NUUTOh4cxVAVCqfk 9RJjRmIOS4iWE211t

Contoh termometer digital yang sesuai untuk mengambil suhu bayi

American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan hanya menggunakan termometer digital pada kanak-kanak. Selain ianya lebih selamat digunakan berbanding termometer merkuri, kelebihan termometer digital;

  • Paling banyak digunakan kerana murah dan terdapat pelbagai jenis. Boleh digunakan pada bahagian mulut, ketiak atau punggung.
  • Bacaan suhu dapat diambil dengan cepat (bawah masa seminit).
  • Sesuai untuk setiap peringkat usia, bayi baru lahir, kanak-kanak mahupun dewasa.
  • Untuk mengambil suhu dalam mulut, tunggu sekurang-kurangnya 15 minit selepas makan atau minum air panas atau sejuk kerana ia dapat mempengaruhi suhu yang diambil melalui mulut.

Cara Mengambil Bacaan Suhu Bayi Demam

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengambil bacaan suhu bayi .  

Cara Ambil Bacaan Suhu Pada Rektum

hHU6lLnkQgJaxWBUc8SWDJaUq5N93huuyHtkKBQ6rQaGh K0oksWpH4WuWAw3tQ8mS7N9isPE04ivYu44i1 4JHRFk0exj jbYZb43UejFzdL a7n3UqQyMl1pJVyFkl2WW IKuTvi e tMpBFOg9qpUVnnHNchSWRuQ7qZ5gYOG6zkUUBaNu0b
  1. Bersihkan hujung termometer sebelum mengambil bacaan dengan sabun dan bilas dengan air.
  2. Gunakan cecair seperti gel petroleum (Petroleum jelly) untuk melembapkan bahagian hujung thermometer untuk mengelakan kecederaan dan memudahkan hujung thermometer di dimasukkan di dubur bayi
  3. Untuk memudahkan mengambil bacaan suhu pada dubur bayi anda boleh:
    • Meletakan bayi dalam posisi meniarap pada paha anda (pastikan anda duduk dalam permukaan yang rata) dan pastikan anda memegang bahagian belakang badan si kecil
    • Atau letakkan bayi pada posisi menelentang dan bengkokkan sebelah kaki ke arah dada mereka, pegang bahagian paha untuk menahannya
  4. Sekiranya anda buat sendirian tanpa bantuan, gunakan tangan lagi sebelah, masukkan termometer ke dalam punggung si kecil. Masukkan thermometer dalam anggaran kedalaman sekitar ½ hingga 1 inci atau sehingga hujung termometer masuk ke dalam punggung.
  5. Tahan termometer menggunakan celah jari sambil memegang punggung bayi. Pastikan si kecil dalam keadaan tenang.
  6. Tunggu sehingga anda mendengar bunyi ‘bip’ atau sebarang petanda yang menandakan bacaan suhu badan bayi sudah diperolehi.
  7. Keluarkan thermometer, catatkan suhu dan masa anda periksa suhu si kecil.

Cara Ambil Bacaan Suhu Axillary (Dibawah Ketiak)

pnknCbC3AE1sLD9Gu19lSbGeGtfgWhP64z7Wvx4W4HEeKx7cydxw324AlUISWrUrZbHm3wUoJl8J BsxHU1AsmgRrPsWD5kQH66s90qmx4D Hv6 C6BlVoCqdiLUhL6C9gWmdduTn1Kdas4h6ZBltOG4DeQCEz4SQkwFonLqJZXrA52n8OJ54343

Merupakan cara paling mudah untuk mengambil bacaan suhu badan anak. Walaupun ia mungkin tidak setepat bacaan suhu rektum atau oral, tapi sesetengah ibu bapa lebih senang menggunakan kaedah ini.

  1. Bukakan baju anak dan letakkan termometer di bawah ketiak. Ia mestilah menyentuh kulit dan bukannya lapisan baju.
  2. Rapatkan lengan anak ke dada untuk memastikan termometer berada di tempatnya.
  3. Tunggu sehingga bunyi ‘bip’ atau sebarang signal menandakan suhu badan sudah diperolehi. Jangan lupa catatkan suhu dan masa

Bacaan Suhu Menggunakan Termometer Telinga elektronik (Tympanic)

UHCoYFzS0AeZmPcmG8D1GSieAOb5sixnPx eMJC TuDv A jux 5dyqZlqgcRTcA6zuyCmq5raB3YwI pXfSW8UuZe R6e7fkftpb8XYLAIZGB99M29J6NlmLxgI6jkZO6arlbW21Jq2AvzPi9yi

1.   Pertama, bersihkan telinga bayi terlebih dahulu, seperti tahi telinga. Ini kerana ianaya akan mempengaruhi bacaan

2.   Bersihkan hujung thermometer sebelum mula digunakan

3.   Tarik cuping telinga ke belakang dan masukkan termometer.

4.   Hidupkan thermometer,tunggu  hingga termometer memberikan petunjuk bacaan telah selesai, biasanya dengan mengeluarkan bunyi “bip”. Catat suhu yang

Punca-Punca Bayi Demam

Demam adalah petanda badan sedang melawan virus dan bukan tanda penyakit itu sendiri. Berikut adalah beberapa punca bayi demam yang di kongsikan oleh medicalnewstoday ;

  • Jangkitan virus, termasuk selesema biasa, selesema, roseola, atau jangkitan pernafasan, seperti virus syncytial pernafasan atau virus croup
  • Jangkitan telinga
  • Radang paru -paru , yang boleh menjadi virus atau bakteria
  • Meningitis , yang boleh menjadi virus atau bakteria dan merupakan jangkitan yang sangat serius pada otak dan saraf tunjang
  • Demam 100.4°F (38°C) atau lebih tinggi sebelum umur 3 bulan. Pada usia ini, sebarang jangkitan kuman boleh berkembang dengan cepat dan membawa kepada sepsis, jadi bayi memerlukan rawatan perubatan segera.
  • Demam selepas vaksin/suntikan imunisasi yang boleh berlaku dalam masa 12 jam selepas suntikan dan berlarutan selama 2-3 hari.
  • Jarang sekali, penyakit berkaitan haba boleh menyebabkan suhu tinggi pada bayi. Bayi kurang berkesan mengawal suhu badan mereka berbanding orang dewasa, menjadikan mereka lebih terdedah kepada cuaca yang sangat panas. Memakai bayi dengan pakaian yang sesuai dengan cuaca, menjauhkan mereka daripada matahari yang terik, dan menyimpannya di dalam rumah apabila cuaca sangat panas akan membantu mengawal suhu badan mereka.
  • Jangkitan saluran kencing, jangkitan kuman yang kadangkala boleh menyebabkan demam pada bayi

Petunjuk Tanda-Tanda Bayi Demam

oWKXqVyxkWRakGWOjpjxRPbOfBTNUSdyMopozv2O GhwAj9hhM6 b

Selain daripada suhu yang panas, bayi yang demam juga boleh menunjukan siptom-siptom seperti;

  • Mempunyai kulit yang merah atau memerah
  • Menjadi pemarah
  • Menjadi penat yang luar biasa
  • Mengalami kesukaran minum atau menyusu
  • Kerap menangis
  • Batuk kohol

Cara Untuk Merawat Bayi Demam

Demam pada bayi tidak perlu turun sepenuhnya. Kebanyakan bayi akan berasa lebih baik apabila suhu mereka turun walaupun satu darjah.

Bagi demam biasa pada bayi, boleh cuba tips berikut yang dikongsikan oleh Medlineplus cara meredahkan suhu dan demam bayi

  •  Jangan bungkus bayi dengan selimut atau pakaian tambahan, walaupun jika bayi itu menggigil. Ini mungkin menghalang demam daripada turun, atau menjadikannya lebih tinggi.
  • Cuba satu lapisan pakaian ringan dan satu selimut ringan untuk tidur.
  •  Bilik hendaklah selesa, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Jika bilik panas, kipas boleh membantu
  • Mandi suam atau mandi span boleh membantu menyejukkan demam.
  • Teruskan memberi bayi perlu minum susu ibu atau susu formula untuk bayi

Namun sekiranya demam pada bayi berkeadaan berikut segera bawa ke jabatan kecemasan untuk mendapatakan pemeriksaan dan rawatan lanjut ;

  • Sedang menangis dan tidak dapat ditenangkan
  • Tidak boleh dikejutkan dengan mudah atau sama sekali
  • Nampak keliru
  • Mengalami kesukaran bernafas , walaupun selepas hidung mereka dibersihkan
  • Bibir, lidah, atau kuku berwarna kebibiruan
  • Mempunyai leher kaku
  • Tidak mengerkan lengan atau kaki
  • Mempunyai sawan
  • Mempunyai ruam atau lebam baru muncul

Ubat Bayi Demam

Ubat demam untuk bayi hanya boleh diambil seperti nasihat doktor.

Ubat tersebut mestilah ubat yang telah diberikan oleh doktor di farmasi klinik, selepas terima rawatan.

Kesimpulan

Demam memainkan peranan penting dalam membantu badan melawan beberapa jangkitan tidak kira peringkat usia. Biasanya demam bayi akan hilang dalam masa beberapa hari.

Namun bagi bayi kecil sekiranya anda ragu-ragu tentang keadaan suhu bayi demam,sama ada biasa atau kritikal.

Jangan berteka-teki,terus sahaja bawa bayi anda untuk mendapatkan pemeriksaan daripada pakar perubatan lebih-lebih lagi untuk bayi yang berusia di bawah 3 bulan.

Tolong tekan button dibawah untuk share kepada rakan-rakan anda :

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *