Petua Hilangkan Batuk Bayi Berpanjangan
Bagi ibu bapa yang mencari petua hilangkan batuk bayi berpanjangan, disini kami kongsikan untuk anda apakah punca batuk tak berhenti.
Apakah solusi untuk si kecil anda adakah perlu untuk ubat batuk ataupun ada solusi yang lebih baik dengan ubat batuk tradisional
Tapi sebelum itu, adalah baik untuk anda perhatikan dan ketahui apakah punca batuk bayi berpanjangan. Bukan apa risau juga masalah batuk ini dipandang ringan.
Takut nanti ramai yang anggap ini sama seperti masalah kuning bayi yang hanya perlu dibiarkan sahaja.
Adakah Batuk Bayi Berpanjangan Tanda Masalah Kesihatan Yang Serius?
Menurut KKM, secara semulajadinya batuk itu satu merupakan satu mekanisme pertahanan diri yang biasa berlaku untuk mencegah jangkitan kuman.
Batuk ialah tanda tindak balas refleks yang disebabkan oleh keradangan pada permukaan mukosa pernafasan di saluran paru-paru dan tekak.
Batuk tidak akan merosakkan paru-paru malah ia membantu membersihkan paru-paru dan saluran udara anda daripada bendasing yang telah memasuki rongga hidung dan tekak melalui tindakan refleks tersebut.
Namun begitu, batuk yang berpanjangan sudah tentunya mempunyai sebab-sebab yang lebih serius dari segi kesihatan terutamanya pada bayi.
Sudah tentunya situasi ini membuat ibu bapa tidak dapat duduk senang dengan situasi ini.
Punca Yang Boleh Menyebabkan Batuk Pada Bayi
Untuk kita memahami kenapa bayi batuk tak henti, adalah lebih bagus jika kita mengetahui sedikit-sebanyak faktor-faktor yang boleh menjadi penyebab kepada bayi batuk. Ianya bukan sahaja membantu kita memahami kenapa bayi batuk berpanjangan.
Ini juga akan membantu pegawai perubatan atau doktor untuk penilaian masalah kesihatan bayi berdasarkan maklumat yang kita diberikan.
Dalam satu perkongsian portal kesihatan kanak-kanak raisingchildren ada beberapa faktor yang dapat menyebabkan batuk pada bayi, diantaranya:
- Infeksi saluran pernapasan
- Infeksi saluran pernapasan seperti selsema juga boleh menyebabkan batuk pada bayi.
- Asma:
- Bayi yang mempunyai asma biasanya akan sering batuk pada waktu malam dan awal pagi. Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk. Asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat.
- Refluks:
- Refluks merupakan kondisi di mana asam lambung naik ke kerongkongan, yang dapat menyebabkan batuk pada bayi.
- Alergi:
- Biasanya bayi yang alergi kepada debu,bulu binatang seperti kucing, minyak wangi boleh menyebabkan batuk pada bayi.
- Masalah saluran napas:
- Seperti rongga hidung tersumbat atau batuk kering dapat menyebabkan batuk pada bayi.
- Resdung:
- Resdung pada bayi dapat menyebabkan batuk pada bayi.
- Persekitaran
- Beberapa bayi yang baru belajar merangkak atau berjalan dapat mengalami batuk disebabkan menghirup debu atau kotoran atau pun asap rokok .
Petua Hilangkan Batuk Bayi Berpanjangan Tanpa Ubatan
Bayi yang tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius, ibu bapa boleh cuba beberapa petua berikut yang boleh di cuba untuk hilangkan batuk tak berhenti bayi anda.
Berikut adalah beberapa tips yang dikongsikan oleh Heatline
Bersihkan rumah daripada habuk, kotoran dan debu.
Bayi mempunyai hidung yang sangat sensitif, oleh itu sebaiknya bersihkan kawasan rumah terutama bilik atau kawasan yang bayi kerap berada seperti ruang tamu dan juga bilik tidur bayi.
Pengudaran juga memainkan peranan untuk membantu bayi menghirup udara yang segar dan sihat, biasakan bayi untuk tidak hanya terperap di dalam bilik.
Atau buka tingkap pada sebelah pagi bagi membolehkan udara segar masuk ke dalam rumah. Dan sebaiknya bagi ibu bapa yang merokok, agar tidak merokok di dalam rumah. Kerana asap rokok boleh menyebabkan bayi batuk.
Minum Jus Epal & Limau
Bagi bayi berumur 6 bulan hingga 1 tahun, anda boleh cuba berikan bayi anda jus epal dan limau dengan kuantiti 1 sudu teh (5 mL).
Cuba berikan 3 kali sehari apabila batuk. Cara ia kena pastikan ikut keadaan bayi kita. Sama ada sesuai ataupun tidak.
Menghirup wap Air
Ini merupakan kaedah tradisional yang banyak di gunakan oleh orang-orang dulu. Caranya sama ada menggunakan wap daripada semburan mandian panas di bilik air.
Atau anda juga boleh masak air panas kemudian memasukkan air panas tersebut ke dalam mangkuk besar. Letakkan bayi di riba anda dengan menghadapkan mukanya ke arah mangkuk tadi.
Tutup kepala anak dengan napkin nipis supaya kesannya lebih baik. Wap tadi akan naik dan masuk ke dalam rongga anak.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik boleh juga menggunakan bawang putih dan minyak zaitun, atau bunga cengkih yang dimasukkan sekali ketika memasak air panas.
Rawatan Batuk bayi
Ubat Batuk Moden
Berikut pula beberapa yang dapat digunakan untuk bayi adalah:
- Ubat demam
- Untuk demam melebihi 102° F (39° C), berikan produk acetaminophen (seperti Panadol).
- Pilihan lain ialah produk ibuprofen (seperti Advil).
- Pastikan anak anda terhidrat dengan baik. Berikan air secukupnya.
Bayi demam biasanya perlu kondisi bilik yang nyaman. Tidak terlalu sejuk ataupun panas.
Awas ibuprofen hanya digunakan untuk bayi berusia 6 bulan atau lebih. Demam kurang daripada 102° F (39° C) adalah penting untuk melawan jangkitan.
2. Ubat batuk yang mengandungi Dextromethorphan:
- Ubat ini dapat membantu bagi meredakan batuk bayi anda dengan cara menghalang refleks batuk.
- Ubat batuk yang mengandung Guaifenesin:
- Ubat ini dapat membantu meredakan batuk bayi Anda dengan cara mencairkan kahak.
Ubat Batuk Tradisional
Antara senarai ubat batuk tradisional yang boleh digunakan untuk bayi adalah seperti berikut ;
- Madu boleh digunakan sebagai ubat batuk tradisional untuk bayi yang berusia lebih dari 1 tahun. Madu mempunyai kelebihan seperti mempunyai sifat anti-bakteri dan anti-inflamasi yang dapat membantu meredakan batuk dan sakit tekak.
- Air lemon – mengandungi vitamin C yang membantu melegakan gejala batuk dan memperbaiki sistem imun
- Jus bawang merah – membantu melegakan gejala batuk dan meredakan infeksi
- Ubat batuk herbal – seperti teh herba atau ramuan daun sirih, temu lawak, dan lain-lain
Walaubagaimanapun penggunaan ubat batuk pada bayi, sebaiknya adalah selepas mendapat rekomendasi daripada pegawai perubatan ataupun doktor.
Peringatan mengenai penggunaan ubat batuk dan selsema daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
Bermula dari tahun 2008, pihak U.S Food and Drug Administration (USFDA) telah mengeluarkan amaran berkenaan penggunaan ubat untuk rawatan ‘cough and cold’ pada kanak-kanak.
Dalam amaran tersebut, pihak USFDA telah mengesyorkan penggunaan produk ‘cough and cold’ yang boleh didispensasi tanpa preskripsi adalah tidak boleh digunakan untuk merawat kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun.
Ini adalah disebabkan oleh kemungkinan berlakunya kesan advers yang serius dan berpotensi untuk menyebabkan kematian.
Laporan USFDA juga menyebut bahawa penggunaan produk ‘cough and cold’ adalah tidak berkesan untuk rawatan kanak-kanak yang berusia 6 tahun dan ke bawah. Walaubagaimanapun pihak USFDA masih lagi menjalankan pemantauan yang berterusan bagi memastikan tahap keselamatan penggunaan persediaan tersebut di kalangan kanak-kanak.
Batuk bayi FAQ
Kesimpulan
Batuk dan selsema adalah perkara normal bagi kanak-kanak sepanjang proses tumbesaran mereka. Walaubagaimanapun, penjagaan bayi yang masih kecil memerlukan lebih perhatian.
Demam, batuk dan selsema yang biasanya disebabkan oleh jangkitan virus boleh diuruskan dengan rehat yang sempurna, pengambilan air yang cukup dan memastikan kanak-kanak sentiasa selesa.
Walabagaimana pun sekiranya bayi anda mengalami batuk berpanjangan dan anda ragu-ragu terhadap kesihatan bayi anda.
Adalah lebih baik untuk anda segera dapatkan nasihat doktor sekiranya tiada perubahan berlaku kepada anak anda/kanak – kanak ataupun tahap kesihatan mereka menurun.