MAKANAN UNTUK BAYI 6 BULAN
|

Senarai makanan Bayi 6 bulan

Selain susu ibu, inilah dia resepi makanan bayi 6 bulan pertama disarankan KKM yang para ibu bapa perlu tahu.

Tapi sebelum itu, perlu diingat pemberian susu ibu sebagai makanan utama bayi dari lahir hingga anak berusia enam bulan. 

Manakala makanan pelengkap hanya perlu diberi mulai umur enam bulan dan ke atas di samping meneruskan penyusuan susu ibu  sehingga berumur dua tahun.

makanan bayi 6 bulan

Makanan bayi 6 bulan diperlukan  bagi mencapai gizi yang seimbang dan membentuk perkembangan si kecil. 

Tempoh dari lahir sehingga dua tahun adalah penting memandangkan dalam tempoh ini, pertumbuhan dan perkembangan otak si kecil sedang berlaku. 

Amalan pemakanan yang tidak sempurna ditambah dengan kadar jangkitan penyakit yang tinggi adalah penyebab utama kekurangan zat makanan di kalangan bayi dan kanak-kanak dalam lingkungan dua tahun pertama

Pemberian makanan kepada bayi dan kanak-kanak kecil seharusnya tepat pada masa, mencukupi, selamat dan sesuai untuk dimakan. 

Namun, tak semua orang mampu berikan susu ibu pada setiap masa.

Jadinya solusinya adalah dengan berikan susu formula bayi supaya bayi dapat zat makanan yang diperlukan.

Makanan Bayi 6 Bulan Saranan KKM

CkqxjFkeySuqIiCyKYu8GVvfaCg5dnwCsoCkfWa37dPLBPu1gtImfrqfne6ReTPG6r8u2Az3qyKaIJJYB40rQF LRew4J8xjXeagPMJkOzIoyI3dqoTFMGMRuCwPO7A4

Merujuk garis panduan pemberian makanan bayi dan kanak-kanak kecil Kementerian Kesihatan Malaysia;

  •  Bayi berumur 6 hingga 8 bulan mesti diberi makanan yang dipuri, dilecek  atau makanan separa pepejal untuk memudahkan si kecil menghadam makanan dan mengelakkan daripada bayi tercekik.
  •  Beri bayi makanan yang padat dengan tenaga termasuk  bijirin seperti beras, gandum dan ubi-ubian (kentang dan ubi keledek).
  • Jenis dan kuantiti makanan yang diberi mesti memenuhi keperluan nutrien harian terutamanya protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin A dan vitamin C.

Daging, Ayam Ikan & Telur

Ini adalah makanan yang perlu di berikan setiap hari kerana ia adalah sumber utama zat besi dan zink.   Elakkan memberi putih telur kepada bayi.

Diet yang tidak mengandungi  sumber haiwan tidak dapat memenuhi keperluan nutrien pada peringkat  umur ini melainkan sekiranya produk atau makanan yang diperkaya atau suplemen nutrien digunakan.

Makanan Berasaskan Susu

Ianya kaya dengan kalsium dan pelbagai nutrien lain. Bagi kanak-kanak kecil yang berumur enam bulan ke atas dan tidak menyusu susu ibu, susu daripada sumber lain perlu diambil setiap hari.

Pengambilan makanan daripadasumber haiwanAmaun susu yang diperlukan
Mengambil makanan daripada sumber haiwan lain mencukupi~200 – 400 ml/hari
Tidak Mengambil makanan daripada sumber haiwan lain mencukupi~300 – 500 ml/hari.
Pengambilan makanan daripadasumber haiwanAmaun susu yang diperlukan
Sekiranya bayi diberi  rumusan bayi dan makanan daripada sumber haiwan lain~300 – 500 ml/hari
Jika diet bayi   tidak mengandungi makanan daripada sumber haiwan~400 – 550 ml/hari.

Jenis susu yang boleh diberi  termasuk rumusan bayi, rumusan susulan, susu penuh krim dan susu suhu ultra tinggi atau susu U.H.T. Susu segar mentah tidak disyorkan.  

Kekacang

Sekiranya susu dan makanan daripada sumber haiwan tidak dimakan dengan  mencukupi, sumber kekacang dan bijirin perlu diambil setiap hari, sebaik baiknya dalam satu hidangan yang sama bagi menjamin kualiti protein yang mencukupi.

Buah–Buahan & Sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A dan vitamin C  harus dimakan setiap hari. 

Penggunaan makanan yang diperkaya dengan zat besi juga digalakkan jika  makanan diproses digunakan. 

Lemak

Diet harian harus mengandungi lemak yang mencukupi.  Sebanyak 10 – 20 gm lemak atau minyak perlu ditambah dalam diet harian sekiranya sumber makanan daripada haiwan tidak diambil secara tetap, melainkan makanan  kaya lemak seperti kekacang dan bijian diberi. 

Sekiranya makanan daripada sumber haiwan diambil, sehingga 5 gm lemak atau minyak perlu ditambah.  

Jus Buah – Buahan

Pengambilan jus buah-buahan perlu dihadkan, kerana ia boleh menyebabkan  pengurangan pengambilan makanan berkhasiat yang lain.

Suplemen Vitamin & mineral

Bayi adalah tidak digalakkan untuk menggunakan suplemen  vitamin dan mineral.

Ianya hanya boleh dipertimbangkan kepada bayi yang menunjukkan tanda-tanda kekurangan  zat makanan setelah dinilai serta mendapat nasihat daripada profesional  perubatan. 

Minuman Yang Perlu Dielakkan Beri Kepada Bayi

Elakkan pemberian minuman yang mempunyai nilai kandungan nutrien yang rendah seperti teh, kopi, susu pekat manis, sirap, kordial.

Hal ini kerana boleh merosakkan gigi dan tidak bagus untuk kesihatan si kecil untuk jangka masa panjang.

Makanan Boleh Menyebabkan Alahan Kepada Bayi

Penting untuk anda tahu, seperti yang dikongsilan oleh portal kesihatan kanak-kanak KidsHealth, makanan-makanan berikut boleh menyebabkan alahan kepada bayi anda.

Terutama jika jika mana-mana ahli keluarga terdekat mempunyai alahan, alahan makanan, atau keadaan yang berkaitan dengan alahan, seperti ekzema atau asma.

Jenis makanan tersebut adalah seperti ;

  •  Kacang tanah,
  • Telur
  • Susu lembu,
  • Makanan laut, 
  • Kacang,
  • Gandum dan
  • Soya 

Kuantiti Makanan Bayi 6 Bulan

Sebagai permulaan, berikan kuantiti makanan yang sedikit dan apabila bayi dapat menyesuaikan diri, tambah kuantiti makanan secara beransur-ansur mengikut umur.

  • Bayi yang berumur 6 – 8 bulan perlu diberi setengah cawan bubur nasi pekat pada setiap hidangan.  Ia harus ditingkatkan sehingga 1 cawan pada umur bayi 9 – 11 bulan. 
  • Kanak-kanak yang berumur 1-3 tahun seharusnya diberi  setengah cawan nasi pada hidangan utama. 

    Selain itu, 1 – 2 sudu teh minyak perlu ditambahkan dalam hidangan sehari pada setiap peringkat umur. 

Tips penyediaan bubur daripada UNICEF untuk mendapatkan lebih khasiat daripada bubur, kurangkan air dan masak sehingga pekat

Berikut dikongsikan daripada portal kesihatan HealthyParentsHealthyChildren  contoh kuantiti makanan untuk ditawarkan kepada bayi anda daripada

Jenis MakananKuantiti
Bijirin bayi dengan zat besi30–60 ml (2–4 sudu besar)
Daging30–60 ml (2–4 sudu besar)
Alternatif daging30–60 ml (2–4 sudu besar)
Buah-buahan30–60 ml (2–4 sudu besar)
Sayur-sayuran30–60 ml (2–4 sudu besar)
Produk bijirin45–120 ml (3–8 sudu besar)
Susu alternatif (keju atau yogurt)30–45 ml (2–3 sudu besar)

Cara Nak Suap Bayi Makan

Cara bagi makan bayi yang betul adalah sangat penting bagi mengelakkan bayi hadapi masalah seperti sedu bayi.

q0a1fqKrb71m k6JyAvL1rd3JlDsPMH62 E8qPkHmyS5wr86Qu6bAvWaU5W st4nD nWKGCLEsc6BqBArh AApXwACWoFt8tHaENyHJTx8IBOjMkb9y7NsAfqQay dTgm2VbqYyJNM9Ke v1TE4cnZJuiivU9ztej2AqnTItMkz6k403CtI11Y16p9l3qw
  •  Bayi perlu disuap apabila mereka  makan.
  • Beri bayi makan dengan perlahan dan kesabaran.  Mereka perlu diberi galakkan untuk makan tanpa dipaksa.
  • Peka kepada tanda-tanda yang menunjukkan bayi lapar atau kenyang.
  •  Mewujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan bayi dalam persekitaran yang kondusif serta selesa.  Berinteraksi dengan bayi  semasa waktu makan.

Persediaan Makanan Bayi 6 Bulan

FXrkJOBtnyX6ncD ohrCdTQB0Hho0dSLzTfvAQ6 PSJpFzEEM6 n1d61DBnKEyAjiCLC7oOZCUDHT6ioOKCFJbHaz74EEO4h 5ZAYQwPhAaaor5SlB1DB mZrh rEM4aVpLEzObxrYiSXBd9US6JH0xgqlD I2ILmkQhMlp0S0a5azAgRgbfn51aScVQAQ
  1. Kebersihan diri, peralatan memasak dan makanan perlu dititikberatkan  bermula daripada peringkat penyediaan sehinggalah pemberian makanan kepada bayi.
  2. Basuh tangan dengan sempurna sebelum menyediakan makanan dan selepas              menggunakan tandas. Tangan si kecil juga mesti dicuci  dengan bersih sebelum makan.
  3. Sebaik-baiknya, berikan bayi makan makanan yang baru  dimasak di rumah.
  4. Makanan yang telah dimasak tidak boleh dibiarkan melebihi 2 jam pada suhu bilik.
  5. Walau bagaimanapun, makanan yang baru dimasak boleh disimpan di  dalam peti sejuk sehingga 24 jam (30C atau lebih rendah) atau satu bulan di dalam bahagian sejuk beku (00C atau lebih rendah).
  6. Peralatan  yang bersih mesti digunakan  untuk menyedia dan menghidangkan  makanan.
  7. Peralatan yang digunakan untuk memberi bayi makan   seperti sudu, cawan dan mangkuk mestilah bersih.
  8. Pemberian  makanan pelengkap dengan menggunakan botol dan puting  hendaklah dielakkan.

Contoh Menu & Resepi Makanan Bayi 6 Bulan

Berikut pula contoh jadual penyediaan menu dan resepi untuk si kecil yang di kongsikan oleh Healthhub

3NO1mXnkYKpHAD5o5ky1XERMxvuEm x8AoSj2FgE61zr4FhAgVdV2Op5JqmqQ0tcvAQTz2jKeFUJxmdWfilrzde4G66Vy6I8W7tHl6Bg9Fpuh6bsY6Q28peU2EKqk6thpiooiKU7MRrmliUgqqNa8SasNti1sJmrbBQfNhqYra9IsDkyPR1wH3c idR3w

*1 sudu besar = 15g

** mangkuk nasi

Jadual ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Sebaiknya beri makan bayi mengikut selera mereka. Beri makan selagi bayi hendak makan dan berhenti sebaik sahaja bayi tidak mahu lagi makan

Kesimpulan

Memastikan si kecil mendapat mendapatkan makanan pelengkap bermula pada usia 6 bulan adalah penting.

Ini kerana bermula usia bayi sehingga dua tahun, merupakan  tempoh yang kritikal bagi bayi dan kanak-kanak untuk menggalakkan pertumbuhan yang optimum, kesihatan dan  perkembangan tingkah laku mereka. 

Ia adalah puncak umur di mana  tumbesaran mudah terbantut, kekurangan nutrien dan penyakit lazim seperti cirit-birit mudah berlaku.  Pertumbuhan yang terbantut tidak mudah dipulihkan selepas kanak-kanak berumur dua tahun.

Kena pastikan bayi diberikan makanan yang sesuai dan mengikut waktunya. Sama juga seperti pengambilan ubat bagi si kecil.

Contohnya pastikan ubat batuk yang nak diberikan tidak memberikan sebarang alahan kepada bayi.

Tolong tekan button dibawah untuk share kepada rakan-rakan anda :

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *