8 Ubat Batuk Tradisional Terbaik

8 Ubat Batuk Tradisional Terbaik

Selain daripada ubat batuk farmasi, terdapat alternatif lain seperti senarai ubat batuk tradisional yang mana ianya mempunyai manfaat dan kebaikanya tersendiri berbanding ubat-ubatan klinikal

Sebelum kami berkongsi alternatif ubat-ubatan tradisional ubat batuk, adalah penting untuk mengetahui punca-punca kepada batuk itu sendiri.

Bila sudah tahu punca kepada masalah batuk. Lebih mudah untuk kita hilangkan batuk dengan mudah.

Batuk adalah masalah yang berpunca daripada beberapa faktor seperti ;

  • Infeksi saluran pernafasan, seperti selesema atau bronkitis.
  • Alergi, seperti asma atau rinitis alergi.
  • Iritasi, seperti asap rokok atau habuk.
  • Penyakit jantung atau paru-paru, seperti penyakit jantung kongestif atau emphysema.
  • Penyakit refluks gastroesofageal (GERD).
  • Batuk rekes, yang disebabkan oleh bahan-bahan yang tertelan dan memasuki saluran pernafasan.
  • Penyakit autoimmune, seperti sarcoidosis atau sindrom Goodpasture.
  • Kanser, seperti kanser paru-paru atau bronkus.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk membuat pemeriksaan dengan doktor untuk menentukan punca sebenar batuk anda dan menentukan rawatan yang sesuai.

Bagi batuk yang ringan, berikut kami kongsikan beberapa senarai alternatif perubatan untuk meredakan dan menghilangkan sakit batuk.

Ubat Batuk Tradisional Berasaskan Herba Terbaik

ubat batuk tradisional 2

Berikut adalah beberapa ubat batuk tradisional yang boleh anda cuba:

Daun Thyme

daub thyme

Selain digunakan untuk memasak, daun ini merupakan ubat yang biasa digunakan untuk batuk, sakit tekak, bronkitis dan masalah pencernaan .

Dalam meta-analisis 2015 beberapa kajian, penyelidik menyatakan bahawa bukti kukuh menunjukkan bahawa daun thyme berkesan untuk mengurangkan gejala batuk

Kajian terbaru pada tahun 2021 menunjukkan bahawa orang yang menggunakan gabungan titisan thyme dan ivy menunjukkan peningkatan dalam gejala bronkitis, batuk dan kualiti hidup keseluruhan.

Madu dan lemon

madu dan lemon

Madu dikenali sebagai pemulih yang semulajadi dan membantu mengurangkan batuk dan sakit tekak. Lemon pula kaya dengan vitamin C dan membantu melegakan batuk dan sakit tekak.

Cara membuat ubat batuk tradisional dengan madu dan lemon adalah dengan mencampurkan satu sudu makan madu dengan jus segar setengah lemon dan meminum campuran itu.

Namun, kaedah ini hanyalah sebagai alternatif dan hasilnya mungkin berbeza-beza pada setiap individu.

Halia dan Teh

halia dan teh

Halia memiliki sifat anti-inflamasi dan anti-septik yang membantu melegakan gejala batuk dan sakit tekak. Teh hitam atau hijau juga boleh membantu melegakan gejala batuk kerana kandungan antioksidan dan zat perangsang lainnya.

Cara membuat ubat batuk tradisional dengan halia dan teh adalah dengan memasak satu inci halia hiris dalam air mendidih selama 10-15 minit.

Kemudian menambahkan gula dan sedikit air lemon sebelum ditapis dan dicampur dengan teh.

Seronok minum air teh halia ini semasa perut kembung.

Lada Hitam

lada hitam

Bagi mereka yang suka pedas dan panas, boleh cuba menggunakan lada hitam.

Air lada hitam adalah ramuan tradisional yang sering digunakan untuk melegakan gejala batuk. Cara penyediaannya adalah dengan

  • Merebus lada hitam dengan air
  • Kemudian menambah gula atau madu untuk memberi rasa manis.

Anda boleh minum air lada hitam ini sehingga gejala batuk hilang.

Bawang merah dan Madu

Petua ini di kongsikan oleh DrRizal Abu Bakar seorang pakar  Clinical Health Psychologist.

Beliau pernah bekerja sebagai penyelidik dan sleep scientist di Canberra Sleep Laboratory.

Dr Rizal Abu Bakar

Petua yang di kongsikan oleh Dr Rizal ini membantu untuk keluarkan kahak dengan mudah.

Sesuai di amalkan untuk melegakan batuk pada kanak-kanak 

ubat batuk tradisional 8

Anda boleh minum jus bawang merah ini beberapa kali sehari sehingga gejala batuk hilang

Cara penyediakan ubat batuk tradisional berasaskan campuran bawang dan madu ini adalah seperti berikut ;

  1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
  2.  Leraikan ulas bawang tersebut.
  3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
  4. Gaulkan biar rata.
  5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
  6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas, jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
  7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.

Jus Epal

Cara penyediaannya adalah dengan memarut atau menghancurkan epal dan memerah jusnya, kemudian dicampur dengan gula atau madu untuk memberikan rasa manis.

Anda boleh minum jus epal ini beberapa kali sehari sehingga gejala batuk hilang.

Cuka Kurma

cuka kurma

Cuka kurma mengandungi asid asetik dan gula yang boleh membantu melegakan gejala batuk dan mempercepatkan penyembuhan.

Cara penyediaannya adalah dengan mencampurkan sedikit cuka kurma dengan air atau madu dan minum sebagai ramuan.

Kulit Kayu Elm licin

Cara ini banyak digunakan oleh orang asli Amerika secara tradisional untuk merawat batuk dan masalah penghadaman.

Kulit Kayu Elm licin

Elm licin mengandungi tahap lendir yang tinggi, yang membantu melegakan sakit tekak dan batuk.

Cara penyediaan adalah dengan cara ;

  • Buat teh elm licin dengan menambah 1 sudu teh herba kering ke dalam secawan air panas
  • Biarkan ianya selama sekurang-kurangnya 10 minit sebelum diminum.

Slippery elm boleh didapati dalam bentuk serbuk dan kapsul di kedai kesihatan dan dalam talian.

Ubat Batuk Tradisional Berasaskan Makanan Sunnah

Habbatus Sauda “Black Seed”

Habbatus sauda adalah satu makanan sunnah yang di sebutkan dalam hadis nabi Muhammad S.A.W

Habbatus Sauda

Sesungguhnya Habbatussauda’ adalah penawar bagi segala penyakit, melainkan al-Saam. Aku bertanya: Apakah al-Saam itu? Baginda SAW menjawab: “Kematian”.

Riwayat al-Bukhari (5687)

Bahan atau ramuan ini banyak digunakan dalam bidang perubatan, kosmetik dan pemakanan tetapi masih tak ramai yang belum betul-betul mengenali tumbuhan ini.

Kajian terhadap pesakit COPD ( pesakit paru-paru kronik ) menunjukkan, habbatus sauda mampu menambah baik fungsi paru-paru pesakit COPD.

Selain itu, kajian juga membuktikan habbatus sauda membantu mengurangkan keradangan asma, batuk, dan masalah pernafasan lain termasuk alahan.

Dalam laporan PubMed mendapati habbatus sauda berpotensi untuk diberikan kepada pesakit yang dijangkiti Covid sebagai langkah rawatan awal.

Cara penyediaanya minyak habitus saudah untuk meredahkan batuk ialah ;

  • Campurkan setengah sudu kecil habbatus sauda dengan segelas kopi.
  • Amalkan dua kali sehari pada waktu makan.
  • Selain itu, anda juga boleh sapukan pada bahagian dada juga.

Ubat Batuk Tradisional Sesuai Untuk Bayi

Untuk bayi, ubat batuk tradisional yang boleh digunakan adalah:

  1. Air susu panas dengan madu – membantu melegakan gejala batuk dan menenangkan saluran pernafasan
  2. Air lemon – mengandungi vitamin C yang membantu melegakan gejala batuk dan memperbaiki sistem imun
  3. Jus bawang merah – membantu melegakan gejala batuk dan meredakan infeksi
  4. Ubat batuk herbal – seperti teh herba atau ramuan daun sirih, temu lawak, dan lain-lain

Ubat Batuk Berasakan Kaedah Alternatif Lain

Minuman Panas

Walaupun masi kurang penyeilidkan yang di buat, tetapi berdasarkan kajian yang pernah di buat oleh PubMed.gov pada 2008 menunjukkan bahawa meminum minuman panas seperti tea herba pada suhu bilik boleh meredakan batuk, hidung berair dan bersin.

Minuman panas yang mungkin menenangkan termasuk:

  • kuah jernih
  • teh herba
  • teh hitam tanpa kafein
  • air suam
  • jus buah-buahan hangat

Selain daripada batuk, mereka yang mempunyai gejala tambahan selesema, dapat dikurangkan dengan minuman panas. Kajian yang sama melaporkan bahawa minuman panas mengurangkan lebih banyak gejala, termasuk sakit tekak , menggigil dan keletihan 

Wap

Untuk kaedah ini, anda boleh mandi air panas atau mandi dan biarkan bilik mandi dipenuhi dengan wap. Berada dalam bilik mandi berwap selama beberapa minit sehingga gejala reda. Anda juga boleh minum segelas air selepas itu untuk menyejukkan badan dan mengelakkan dehidrasi .

Sebagai alternatif,  boleh juga menggunakan mangkuk stim. Caranya ;

  1. Isi mangkuk besar dengan air panas.
  2. Tambah herba atau minyak pati, seperti eucalyptus atau rosemary atau bunga cengkih. Ini boleh membantu melegakan kesesakan.
  3. Bersandar di atas mangkuk dan letakkan tuala di atas kepala. Ini memerangkap wap supaya anda boleh menghirupnya.
  4. Teruskan bernafas dalam wap selama kira-kira 10–15 minit .

Kesimpulan

Walau bagaimanapun, sebelum menggunakan apa-apa ubat batuk tradisional atau alternatif lain sebagai rawatan. Jika bayi anda tidak boleh tidur malam dan kerap menangis.

Anda boleh rujuk sini untuk lihat kelebihan cukur rambut bayi.

Adalah penting untuk anda mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan ataupun doktor anda untuk memastikan bahawa ia selamat dan sesuai untuk anda.

Tolong tekan button dibawah untuk share kepada rakan-rakan anda :

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *