hilangkan kembung perut bayi
|

10 Cara hilangkan Kembung perut bayi

Ada beberapa cara hilangkan kembung perut bayi baru lahir yang mudah dan selamat dipraktikan oleh ibu bapa untuk merawat masalah bayi kembung perut.

Ada pelbagai sebab yang menyebabkan bayi menangis antaranya lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan keadaan persekitaran yang sejuk dan panas. 

Selain itu ada kemungkinan bayi anda sedang mengalami tanda bayi kembung perut.

hilangkan kembung perut bayi

Masalah kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi terutamanya bayi yang berumur kurang daripada 6 bulan seperti yang di kongsikan dalam portal BabyCenter. 

Perut bayi kelihatan kembung walaupun sebenarnya normal kerana ruang dalam abdomen (abdominal cavity) masih kecil berbanding saiz organ lain dalam abdomen.

Kembung perut pada bayi juga sering di kaitkan dengan masalah ‘colic’ kerana bayi akan menangis untuk beberapa jam tanpa henti, kelihatan tidak selesa tanpa sebab yang jelas dan akan kembali normal selepas beberapa ketika.

bayi colic

 Cara hilangkan kembung perut bayi guna ubat 

Simethicone

Simethicone
Simethicone

Contoh ubat Simethicone yang terdapat di farmasi

Simethicone membantu membebaskan gas yang terdapat dalam perut.

Dos bagi simethicone bergantung kepada formulasi yang disediakan oleh syarikat pengilang. Kebiasaan, simethicone akan dicampur ke dalam susu dan diberikan kepada bayi.

Gripe water

Cara lain bagi membantu bayi yang mengalami kekembungan atau angin adalah memberikan gripe water.

GRIPE WATER

Ianya mengandungi Dill Seed Oil yang dipercayai boleh melegakan simptom angin dan boleh digunakan pada bayi berumur satu bulan ke atas.

Minyak sapuan yang sesuai

Selain itu, sapuan minyak yang sesuai dengan urutan yang lembut juga boleh membantu mengatasi masalah ini.

Antara minyak sesuai adalah minyak yu yee cap limau sebagai contoh minyak hilangkan kembung perut bayi

  Yu Yee Oil Cap Limau

Cara hilangkan kembung perut bayi dengan mudah

Ada beberapa petua hilangkan kembung perut bayi yang boleh anda amalkan seperti dibawah.

Teknik penyusuan yang betul

susu bayi

Pendekatan lain yang boleh diambil selain daripada menggunakan ubat-ubatan adalah mengamalkan teknik penyusuan yang betul. 

Posisi penyusuan yang betul dan selesa membantu bayi menyusu tanpa menelan “angin”.

ZysWeSWvc3g4fxDWUyAv90vmKCLFSAsFBg3MAKR1Hk7WD07fyPDJiHOvpO3xp1ATMswumCMq5s5c5Bbi6aQpDUi2AjOmXybu2uj8KxNSFujb0UoLWW Hg7DiKRtR1mgaH56C2iA1nakP q3t4mUJnzw

Saiz puting yang sesuai

Sekiranya bayi anda diberi susu formula, pastikan ibu bapa menggunakan saiz puting yang bersesuaian. 

saiz puting

Saiz puting yang sesuai memberikan aliran susu yang baik dan keselesaan pada perut bayi.

Menukar jenama susu formula

Alahan terhadap susu formula tertentu juga boleh menyebabkan masalah kembung perut pada bayi. 

Sesetengah bayi mempunyai alahan terhadap protein susu lembu atau laktosa yang terdapat dalam susu tersebut.

susu formula

Pencernaan yang tidak sempurna akan mengganggu keselesaan perut. 

Oleh itu ibu bapa boleh cuba menukar jenama susu formula yang lain bagi memberi susu kepada bayi dalam usaha hilangkan kembung perut bayi.

Membuat bayi menangis

Membuat bayi menangis dapat membantu meredakan kembung perut karena membantu membuang udara yang terperangkap.

Sendawakan Bayi Kembung Perut Selepas menyusu

Menurut perkongsian di webmd salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan gas yang terperangkap dalam perut bayi adalah dengan membedung si manja semasa menyusu dan selepas penyusuan.

bayi sendawa

Selain itu, sebaiknya tunggu bayi berehat semasa menyusu sebelum cuba menyendawakan mereka. Jika tidak mereka mungkin akan meragam, menangis dan akhirnya menelan lebih banyak udara.

Gunakan posisi sendawa yang paling selesa bagi mereka. Melakukan urutan juga dapat membantu menghilangkan gas pada bayi anda.

Urutan bayi

Amalkan mengurut bayi untuk sendawa setiap kali setelah selesai penyusuan. Bayi yang kurang disendawakan berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai angin yang terperangkap.

Gunakan terknik yang betul untuk sendawakan bayi dan ibu bapa tidak perlu risau apabila bayi muntah sedikit selepas menyusu kerana ianya tidak berbahaya kepada bayi.

urut bayi

Contoh kaedah urutan yang anda boleh lakukan ialah urutan I love u

1.       Baringkan bayi dengan permukaan rata dan bersih. Ambil  sedikit minyak urut bayi dan letakkan pada tangan anda.

2.       Pandang muka bayi dan mulakan dengan urutan manja yang berbentuk huruf ‘I’. Gunakan dua atau tiga jari dengan perut di bahagian kiri bayi di atas tulang rusuknya. Ikuti ke bawah ke sendi pinggul.

3.       Seterusnya pula, buat urutan huruf ‘L’ terbalik dari kanan ke kiri perut bayi kemudian buat pusingan 90 darjah dan turun ke bahagian perutnya untuk melengkapkan “L..

4.       Akhir sekali, buat urutan huruf ‘U’. Bermula pada tulang pinggul kanannya, naik ke tulang  rusuknya, kemudian pergi melintasi perutnya dalam gerakan berterusan, dan kembali ke bawah  sebelah kiri perutnya kembali ke pinggul  kirinya

5.       Ulang beberapa kali urutan ini sehingga bayi lega dan selesa.

Penting untuk diketahui, pastikan urutan yang dilakukan dimulakan dengan bahagian kiri perut bayi, iaitu di bahagian kanan ibu bagi memastikan angin lebih mudah dikeluarkan melalui saluran yang betul.

bayi gembira

Antara manfaat lainnya adalah apabila ibu mengurut bayi, hormon oxytocin akan dirembeskan oleh ibu dan bayi. 

Hormon itu akan membantu menguatkan lagi ikatan hubungan antara ibu dan bayi dan sekali gus meningkatkan ikatan kasih sayang. 

Anak yang berjaya merembeskan hormon oxytocin lebih mudah dijaga dan lebih tenang serta kurang meragam. Pastinya si ibu lebih gembira apabila anak gembira.

Masyarakat kita sering mengaitkan kembung perut dengan masalah ‘colic’ kerana bayi akan menangis untuk beberapa jam tanpa henti, kelihatan tidak selesa tanpa sebab yang jelas dan akan kembali normal selepas beberapa ketika.

Selalunya keadaan seperti ini akan berlaku untuk beberapa kali dalam seminggu. 

Walau bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu risau kerana masalah perut kembung ini akan semakin berkurang apabila bayi semakin membesar kerana penyusuan yang semakin baik.

Makanan turut jadi punca bayi kembung perut

Bagi ibu menyusu, sesetengah makanan bayi yang anda makan turut menjadi punca bayi mengalami kembung.

Contoh makanan seperti:

·         Makanan tinggi serat, terutamanya makanan yang mengandungi bran – lapisan luar bijirin yang keras

·         Buah seperti aprikot, pic, prun, pir dan plum

·         Buah sitrus

·         Sayuran hijau seperti brokoli, asparagus dan kubis

·         Sayuran berkanji seperti kentang

·         Makanan berkanji seperti pasta

·         Produk tenusu

·         Coklat, minuman soda dan kafein

Jadi sebaiknya sebagai ibu yang menyusukan bayi, anda juga perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan turut menyumbang kepada punca bayi kembung perut.

Kesimpulan

Kami sudah kongsikan beberapa cara hilangkan kembut perut bayi yang anda boleh amalkan.

Pada kebiasanya, masalah perut kembung  ini adalah normal dan tidak berbahaya melainkan terdapat tanda penyakit lain seperti batuk berkahak.

Perlu di ingat, walaupun perut bayi kelihatan kembung, ia sepatutnya lembut apabila disentuh.

Sekiranya anda merasakan perut bayi anda kembung dan keras apabila disentuh, kemungkinan besar bayi anda mempunyai masalah usus yang lain.

Untuk masalah ini, jangan berlengah dan anda perlu merujuk pakar perubatan mahupun doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi bayi anda.

Tolong tekan button dibawah untuk share kepada rakan-rakan anda :

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *