punca bayi menangis malam tanpa sebab 1 1

4 Punca Bayi menangis malam tanpa sebab

Bayi menangis malam tanpa sebab pasti akan membuatkan si ibu dan ayah risau. Apalagi untuk pasangan muda yang baru menimang cahaya mata.

Si ibu yang dalam keadaan masih berpantang, si ayah pula yang keletihan seharian bekerja pastinya akan membuatkan suasana malam yang stress bila bayi asyik menangis malam walaupun dah buat pelbagai cara tidurkan bayi.

bayi menangis malam

Malah mereka yang sudah mempunyai anak lain dan berpengalaman juga berasa tertekan apabila semua usaha mententeramkan si kecil tidak berhasil.

Ini kerana terdapat banyak faktor yang menyebabkan bayi menangis pada waktu malam yang kadang sukar untuk difahami. Salah satu perkara penting yang ibu bapa elakkan adalah jangan bagi bayi tidur meniarap.

Bayi menangis Tengah Malam Tanpa sebab

Tapi jika semuanya seakan-akan tidak kena, pelbagai cara dan usaha dilakukan bagi memastikan si kecil berhenti menangis.

Lebih memeningkan sekiranya tangisan itu berpanjangan tanpa diketahui sebabnya.

Apa sebenarnya yang berlaku kepada si kecil?

4 Sebab Utama Bayi selalu Menangis

ZopGbAgTgnKDwjIDAKJ4Muz0xzigcU4Gk DtiQyJZcrvm1pXkbN MAuNMYHH8OXNHGar69RY0rgHDn k1 aUnD4ozYKFCjRNPXc5OnH9DCSbz5D42HeRDpj2hF

Menurut kajian DR Micheal Breus, ahli psikologi klinikal, dan pakar tidur terbaik di California, terapat 4 punca utama yang biasanya akan membuatkan bayi kerap menangis iaitu ;

1. Lapar

2. Bising

3. Tidak Selesa

4. Tumbuh Gigi

Lapar

Bayi yang baru lahir akan kerap menangis bila lapar. Pada minggu pertama, bayi perlu menyusu setiap 2 jam pada waktu siang dan 4 jam pada waktu malam.

Adakalanya bayi perlu disusukan walaupun belum cukup  masanya.

bayi lapar

Pada waktu malam, disebabkan keletihan mungkin si ibu lupa menyusukan bayi.

Jadi kalau bayi anda menangis pada waktu malam, cuba dahulu berikan susu ibu kepada bayi anda.

Pastikan juga lampu dan suara anda tidak mengganggu si kecil dan letakkan mereka kembali ke katil setelah mereka selesai menyusu

Bising

Jika kita yang dewasa ni pun terganggu dengan bunyi bising. Inikan pula si kecil. Pendengaran bayi sangat sensitif terhadap bunyi.

Sebaiknya kurangkan bunyi bising  yang boleh mengganggu tidur si kecil.

bunyi bising

Bagi mereka yang tinggal di persekitaran jalan yang sibuk, sebaiknya iktiharkan untuk buatkan ruangan bilik tidur bayi yang boleh mengurangkan gangguan bunyi di sekitar.

Bayi Tidak Selesa 

Ada beberapa punca yang boleh menyebabkan bayi menangis malam di sebabkan tidak selesa;

  •  Lampin kotor dan penuh
  • Suasana dan persekitaran terlalu sejuk atau panas
  • Tidak selesa di dalam buai
lampin bayi busuk

Bayi mungkin nampak kecil, tapi dia juga manusia yang mempunyai perasaan dan perlukan keselesaan.

Tumbuh Gigi

bayi gigi tumbuh

Pertumbuhan gigi bayi biasanya merupakan proses yang menyebabkan bayi kurang selesa.

Gusi yang mula membengkak sangatlah tidak menyeronokkan bagi bayi.

Perkara ini juga boleh menyebabkan tidur bayi terjejas dan menangis

Bila Bayi Menangis Malam Mungkin Petanda Kolik

hDtzCnD y32th

Daripada KidsHealth kolik atau bayi sawan tangis bermaksud situasi bagi bayi yang sihat,berat badan tidak susut, menyusu dengan baik tetapi menangis secara berlebihan berbanding bayi biasa.

Tanda-tanda Bayi Kolik

Pertama sekali yang anda harus pastikan ialah bayi anda tiada masalah kesihatan, menyusu dengan baik dan berat badan tidak menyusut. 

Tetapi hanya bayi anda sering menangis terutama pada waktu senja dan tengah malam. Semasa kolik, bayi akan ;

  • Menangis atau meraung dengan nada tinggi tidak seperti biasa
  • Sukar untuk ditenangkan
  • Muka kemerah-merahan atau kulit pucat di sekeliling mulut
  • Berkelakuan menarik kaki, mengeraskan lengan, melengkung belakang, atau mengepalkan penumbuk
bayi colic

Kolik adalah perkara normal dan tidak memberi maksud kepada masalah kesihatan kepada bayi. Kolik juga akan beransur hilang dengan sendirinya.

Kolik tiada kaitan dengan bacaan kuning bayi yang tinggi.

Sehingga kini, pakar-pakar kesihatan bayi juga masih belum menemukan apa punca sebenar kolik, bagaimana ia berlaku dan bagaimana untuk mencegahnya.

Apa yang penting bagi ibu bapa kepada si kecil, perlu bertenang dan ketahuilah walaupun bayi menangis malam dengan lama.

Namun sekiranya bayi kelihatan sihat, boleh menyusu dengan baik dan berat badan meningkat, maka tiada apa yang perlu dirisaukan

Petanda Bayi Menangis Malam Bukan Kolik

hwLfnoOEeEGTZ tSuLfyJhV3fa6HMQvInBvu7q1PN0un1JDS4vNxN9qvw7 BemetJbsSY sNCwhCWJkFZj6F5AwkBIZsnnVDMhyiY0jWdLlr5KZjQi06IwdF0Cz 4aPyAHlmI6mjFf77Pas5e0iUuEdzJ2kIItlvbpN3TBu58iB2r1HKFY4Qhx jgQ

Walaupun kolik sering di kaitan dengan bayi menangis malam dan meraung-raung pada malam hari adalah perkara biasa,namun jika anda merasakan perkara berikut di alami oleh si kecil anda.

Maka segera lah bawa bayi anda untuk mendapatkan nasihat dan rawatan doktor ;

  •  Mengalami demam panas (38°C) atau lebih tinggi
  • Kurang aktif daripada biasa
  • Tidak menyusu dengan baik
  • Tidak menghisap kuat apabila mengambil botol atau payudara
  • Mempunyai darah dalam najis
  • Muntah (apabila makanan keluar dari mulut atau hidung bayi dengan kuat) 
  • Berat badan bayi susut atau tidak bertambah
  • Tidak boleh diam walau apa cara pun yang anda sudah usahakan

Punca Lain Bayi Menangis Tanpa sebab

YHHTkwhHoZp lJ23AxaMMNEppnfGjH4Lu0gZ6FLd16U1WscvwxfMuDV7IYNFAtCxEN8cehA4NbHbW2LJy26aF3sl4NMYqgFQWVxapbx K5L4bQ6KYaq0oSb8Nz zS208Vm3kzJQ4Rp wD0xG9PGxd4G2y1c7aHptwBFqRg wVj0UMpbZ0SakSQhSqg

Menurut portal parents ,ada beberapa punca bayi menangis seperti keadan bayi kolik tetapi tanpa sebab yang mungkin kurang di sedari oleh kebanyakan ibu bapa dan perlu mendapat pemeriksaan dan nasihat pakar adalah seperti ;

  • Masalah penghadaman
  • Bayi terlalu banyak ransangan
  • Ketidak seimbangan kimia
  • Sembelit
  • Alahan susu (bagi bayi yang minum susu formula)

Cara Menenangkan Bayi Menangis Waktu Malam

Sebagai langkah awal yang boleh anda ambil untuk menenangkan bayi, boleh cuba beberapa tips di bawah ini

Menyelimuti Bayi Dengan Kain

pFFNyErCQ6KiMsIFILv eQ936t PMH9ygdSzrJPfvY4s5as4WtdqZs6OHPbefPpSBc8r6NCUV WKQclbKOTOJl2VE3OdaM6swcOCu71NZbrpgla2cstKtYXxgEJl2x3c sBfbvVXR0RdTNjsC3q3zYZEvJ665a9uVXgCIRO7o QetCU89cJ GyckSw

Atau juga dikenali dengan bedung bayi. Ianya merupakan kaedah tradisional namun ternyata ianya merupakan salah satu cara yang efektif untuk menenangkan bayi.

Kaedah bedung juga dapat membuat bayi tidur lebih nyenyak, kerana ianya dapat membantu si kecil daripada terganggu di sebabkan refleks kejutan yang sering kali dialami bayi ketika tidur.

Mengendong Bayi Dalam Posisi Telungkup

Posisi ini dapat memberikan bayi merasa lebih nyaman ketika menangis.

Tetapi ketika bayi sudah berhenti menangis, pastikan kedudukan tubuh si kecil dalam posisi telentang.

bayi meniarap

Cumanya elakkan bayi tidur meniarap kerana ini adalah posisi yang sangat bahaya.

Urutan Ringan & Minyak Telon

Memberi urutan dan usapan ringan punggung bayi bagus boleh membantu merangsang otak dan saraf bayi. Ianya juga memberikan ketenangan dan keselesaan kepada bayi.

urut bayi

Penggunaan minyak telon juga bagus untuk memberi kehangatan dan membuang angina berlebihan daripada perut bayi.

Bawa Menaiki Kenderaan

Mungkin sesetangah kita merasakan perkara ini tidak logic. Namun ada segelintir bayi akan berhenti menangis ketika dibawa menaiki kenderaan.

Bayi akan rasa gembira hingga tertidur seolah-oleh berada dalam buaian.

Pasang Muzik / Zikir

Cuba mainkan muzik lembut yang mendamaikan ketika bayi menangis. Mungkin alunan muzik akan memberi ketenangan kepadanya sekali gus berhenti menangis.

dengar music

Bagi yang beragam islam boleh cuba untuk dodoikan bayi dengan alunan zikir-zikir, doa, atau selawat yang di anjurkan

Tepuk Badannya Selalu

Ada juga bayi yang sebenarnya perlukan perhatian si ibu. Disebabkan itu bayi menangis.

Anda boleh cuba untuk tepuk bahagian badannya sambil berselawat atau menyanyi lagu kanak-kanak anda sewaktu kecil.

Dodoikan

dodoikan bayi

Bagi bayi, yang tidur di dalam buaian. Boleh cuba untuk dodoikan bayi sambil gerakkan buaiannya sebagai tanda anda berada di sisinya ketika itu.

Bayi selalunya menangis bila tiada ibu atau bapa di sisinya.

Kesimpulan

Sebagai ibu bapa yang prihatin, tiada pasangan sama ada yang baru, mahu pun yang telah mempunyai anak sanggup mendengar tangisan si kecil meraung-raung.

Ada yang sampai bayi batuk disebabkan lama sangat menangis.

Sememangnya tidak mudah untuk menghadapi bayi menangis malam tanpa henti. Oleh yang demikian, sokongan ahli keluarga terutama sekali suami amat penting terutama bila bayi menangis malam.

Bukan sahaja sokongan emosi yang diharapkan, tetapi suami juga perlu memainkan peranan sama membantu untuk penjagaan bayi yang lebih baik.

supaya si ibu dapat berehat dan menenangkan fikiran.

Hanya dengan emosi yang baik dan keadaan tenang boleh membantu si ibu untuk membuat keputusan yang baik bagi menangani dan memahami kehendak si kecil yang menangis.

Tolong tekan button dibawah untuk share kepada rakan-rakan anda :

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *