bahaya ker bayi tidur meniarap
|

bahaya ker bayi tidur meniarap?

Awas posisi bayi tidur meniarap berisiko tinggi menyebabkan si kecil mati mengejut ketika tidur atau juga di panggil sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).

xNqhzD jbBFNHG9QDhUjBxOPhPK9 JxZDC

Bayi yang sihat, adalah sangat tidak disarankan tidur dalam posisi meniarap lebih-lebih bagi bayi yang berusia kurang 1 tahun.

Posisi ini boleh menyebabkan bayi sesak nafas atau lemas seperti yang berlaku kepada anak syurga Dayangku NurAlya Mariyam.

Sebaiknya ibu bapa haruslah memastikan bayi tidak mengalami kembung perut dan dapat tidur dengan baik.

Perkara ini juga dikuatkan lagi dengan kajian  yang telah di buat oleh American Academy of Paediatrics sejak 1992.

Iaitu selapas promosi cadangan agar bayi yang sihat tidur dalam posisi terlentang dan bukan meniarap atau bayi tidur mengiring, ianya telah berjaya mengurangkan sebanyak 50% kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS)

61UJQc W2KCZ4yWsMfWTqmNCs0YJRIwjI1xxbWwjr1sf2sfyWyaq88KB8 QK5386BgsV0MOywzk5QnrzR5QshYnKAMWhM 41jQvLxI LaxnzpFFd4oXt2F8PzQsbIPN6psowwpbB 61sGhzMGiHPWUeaV9P94yBkW91ROEKaSB39bt3Y8c2mx7ZW w

Carta trend kematian bayi yang berkaitan dengan tidur mengikut sebab dari 1990 hingga 2019 daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit dan Pusat Statistik Kesihatan Kebangsaan, Sistem Statistik Vital Kebangsaan Amerika

Boleh Ker Bayi Tidur Meniarap?

Disebabkan si kecil yang baru lahir agak sukar di fahami, bagi sesetengah bayi mungkin agak sukar untuk tidur dalam keadaan terlentang kerana cerewet.

Sekiranya anda ingin posisi bayi  tidur meniarap, sila pastikan ianya bukan pada tempoh yang panjang atau berseorangan.

Pada kebiasanya, bayi yang baru lahir mempunyai cara tidur yang tersendiri. Untuk membiasakan bayi yang baru lahir untuk tidur dalam keadaan telentang mungkin agak sukar, kerana ramai bayi kelihatan lebih lena tidur di sisi ibunya.

Walau bagaimanapun, sebagai ibu bapa, anda tak perlu terlalu risau. Ini kerana lama-kelamaan bayi anda akan terbiasa dengan posisi tidur bayi terlentang ini.

Sudah tentu, apabila anak anda boleh berguling, dia mungkin mengubah kedudukannya.

Dan kebanyakan situasi ini hanya membahayakan ketika bayi di bawah umur 1 tahun. Kerana bayi yang telah berusia lebih setahun sudah boleh berguling, sekiranya dalam keadaan tidak selesa.

Posisi Tidur Bayi Yang Betul

NzrB7LXnqT5NB0f0pbGEqjigvUA9PwlwB4tSgzJLwW4yoYMBHcvMFwJsz9zuXmk5asGR6eDdbQM hBSXXGTN195e yO gH7QiZeMmZYk8LgfSaghkGCI6L25MuYOiQuVrOwZ9XjW Jso3c6uhEKnGbgdHjZAw4YaYDsbsssAR YQ8mZPbqpOAV2Azg

Pakar bersetuju tidur terlentang adalah yang terbaik untuk bayi. Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika, posisi tidur bayi yang betul dan selamat adalah dalam keadaan posisi bayi yang tidur terlentang.

Posisi ini mengurangkan kemungkinan dan risiko yang lebih rendah untuk sindrom kematian bayi mengejut (SIDS) berbanding bayi tidur meniarap.

Posisi tidur ini adalah yang terbaik tanpa mengira umur bayi tersebut.

Selain itu, posisi bayi tidur mengiring juga adalah tidak disarankan. Ini kerana ketika tidur pada posisi begini, bayi berkemungkinan untuk bergerak, berguling dan beralih kepada posisi tidur meniarap. Bayi mungkin akan menangis pada waktu malam akibat sukar bernafas.

Walaupun faktor SIDS disebabkan posisi tidur mengiring adalah kecil, namun ianya jugak tidak boleh di ambil remeh, lebih-lebih lagi ketika bayi tidur sendirian pada waktu malam.

Risiko Bayi ‘Tidur Terlentang’

3rt7etX7lUJywOOhHUJSgpa4VKMQC86zmxDS2l4DZ6OsohBNcE3CcrWCjWyOpLJte tWBVTPyo kOMjp0qlowfHs1RdDPn

Walaupun pakar kesihatan mengesyorkan posisi tidur terlentang adalah yang terbaik untuk keselamatan bayi, jika bayi diletakkan secara terlentang untuk satu tempoh masa yang lama.

Ia mungkin membawa kepada ‘plagiocephaly iaitu, bentuk kepala leper atau salah bentuk dan ‘brachycephaly,’ bahagian belakang tengkorak menjadi rata.

Kejadian ini sebenarnya adalah perkara biasa yang tidak perlu terlalu menjadi kerisauan bagi ibu bapa.. Bentuk kepada bayi tadi akan kembali normal apabila mereka mencecah umur satu tahun dan situasi ini juga, jarang memerlukan sebarang rawatan.

Selain itu simtom plagiocephaly juga dapat dipulihkan dengan:

  • Menambahkan ‘ tummy time ‘ bayi apabila terjaga
  • Membuat bayi berehat di bahagian kepala yang lain daripada bahagian yang rata.
  • Mengurangkan masa yang dihabiskan oleh bayi di dalam troli atau tempat duduk kereta.
  • Mengubah arah bayi di dalam buaian, supaya mereka tidak sentiasa melihat perkara yang sama, dan dalam satu arah sentiasa.

Selain posisi tidur bayi yang betul, tempat tidur bayi juga perlu di ambil kira. Kerana persekitaran tempat di mana bayi itu tidur juga boleh mendatangkan bahaya kepada bayi tanpa kita sedar.

Persediaan Tempat Tidur Bayi Yang Selamat

Berikut beberapa cadangan dan saranan yang boleh dilakukan sebagai persediaan tempat tidur yang selamat yang turut disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

  • Tidak  menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang mempunyai bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat.
  • Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
  • Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
  • Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
  • Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
  • Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
  • Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
  • Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
  • Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika bayi dalam keadaan jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

Untuk Bayi Yang Tidur di Katil

NYBhHAOoJuvjINzo2mTsTF9pZJk9TGvPdUJxdjW190ApOc8dX0QgflAiusf l0RWFNr8

Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan dengan orang lain termasuk dengan ibunya boleh mendatangkan bahaya kepada bayi tersebut.

Antara risiko yang boleh terjadi adalah seperti bayi tertindis atau terhimpit oleh si ibu dan menyebabkan bayi sesak nafas.

Berikut beberapa panduan yang boleh mengurangkan risiko bahaya untuk ibu bapa atau penjaga yang meletakkan bayi tidur di katil

  • Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.
  • Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.
  • Orang dewasa selain dari ibu bapa dan anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.
  • Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.

Fakta Mengenai SIDS

Auh0 b7 vTDWKQOgV0GXLbe5su0aqj3lkQSj3G 0bNjN7XwIiIbtvH7PeswzUoJOfjm4UPvmR3ugfqj MsRbgqRsc0rC09CXqkKDixjYQKV

Ini pula beberapa fakta mengenai sids yang di kaitan dengan bayi

Buaian menyebabkan “kematian bayi ” atau SIDS

Buaian sendiri tidak menyebabkan SIDS. Tetapi ciri persekitaran di tempat tidur bayi seperti permukaan tidur yang lembut boleh meningkatkan risiko SIDS dan punca kematian bayi yang berkaitan dengan tidur.

Bayi yang tidur telentang akan tercekik jika mereka meludah atau muntah semasa tidur.

Bayi secara automatik akan batuk atau menelan cecair sehingga mereka meludah atau muntah. Ini merupakan tindak balas atau reflex bayi untuk memastikan saluran pernafasan mereka bersih.

Kajian  juga menunjukkan tiada peningkatan dalam jumlah kematian akibat tercekik dalam kalangan bayi yang tidur terlentang.

Ada banyak tips mudah yang boleh anda ikut untuk hilangkan batuk bayi dengan mudah seperti bersihkan rumah daripada habuk dan debu.

Atau anda boleh amalkan ubat batuk tradisional ini untuk hilangkan batuk.

Kesimpulanya Bayi Tidur Meniarap Antara Punca Utama SIDS

Melihat bayi tidur dengan lena adalah satu perkara yang sangat menyenangkan hati para ibu bapa. Namun sejak kebelakangan ini, berita kematian bayi secara mengejut ketika sedang tidur kerap kedengaran di muka akhbar tempatan dan sosial media.

Ini membuatkan ramai ibu bapa, terutama yang bekerja mulai risau untuk menghantar anak-anak mereka di bawah jagaan pengasuh mahupun taska

Kejadian bayi mati mengejut ketika bayi tidur atau juga di panggil sindrom kematian bayi mengejut (SIDS) oleh pakar perubatan moden sebenarnya bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah ianya turut banyak berlaku di seluruh dunia.

Sehingga kini tiada cara yang diketahui yang tepat untuk mencegah SIDS, tetapi terdapat cara yang berkesan untuk mengurangkan risiko SIDS.

Salah satunya ialah dengan memastikan posisi tidur bayi terlentang dan tidak membiarkan bayi tidur meniarap. Risau juga salah posisi tidur ini boleh jadi punca kembung perut.

Tolong tekan button dibawah untuk share kepada rakan-rakan anda :

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *