tips penjagaan bayi baru lahir

7 Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir

Penjagaan bayi baru lahir biasanya akan menjadi sedikit sukar buat pasangan yang pertama kali menimang cahaya mata.

Bayi yang baru lahir semestinya akan memerlukan perhatian ibu dan ayah sepanjang masa, tak kira jika mereka sedang berjaga atau tidur.

Untuk pasangan yang bakal menerima cahaya mata, tips dan panduan ini di harap dapat memberi gambaran dan persedian awal untuk anda menyiapkan diri menyambut kelahiran si kecil anda. Paling penting ibu bapa perlu ada ilmu awal tentang bahaya bayi tidur meniarap ni.

Apa Perlu Buat Bayi Baru Lahir

Penjagaan Bayi Baru Lahir

Bayi ibu yang melahirkan bayi di hospital/klinik, anda tak perlu bimbang, kerana anda akan mendapat bantuan dan nasihat daripada jururawat dan doktor yang menjaga anda.

Pastikan anda telah membawa barang dan kelengkapan anda dan juga bayi untuk digunakan semasa ibu dan bayi dalam penjagaan dan pemeriksaan doktor di hospital/klinik

Penjagaan Bayi Baru Lahir Bermula Di Hospital

jCP9L1XWBpxAcjBEAQ5LUZpwW1V1FVsddqEyORU8LDcWT4IFceduS6pDpswb aIGc9lP5gpvgw2wEkB6F2QGI f1ZlORBqbEaHeUb7T 5t3BITbkxxiVbxJ30Mc DUz E6q2n0BcvIC7QT28 FM6M6c2v4k6oFwuYKeWewu3K5egoNbHeR8UwPNXSw

Bagi bayi yang normal, pemeriksaan terakhir sebelum bayi dan ibu boleh pulang kerumah, adalah memastikan bayi telah kencing dan telah mengeluarkan najis dan juga bacaan kuning bayi.

Najis bayi pada awal kelahiran biasanya berwarna hitam, melekit dan sukar dibersihkan. Najis bayi berwarna hitam ini ialah meconium yang tekumpul di dalam usus bayi semasa dia berada di dalam rahim.

Sisa-sisa meconium yang terdapat dalam usus bayi ini perlu dikeluarkan sepenuhnya dari usus bayi. Menyusakan bayi dengan kerap akan membantu bayi mengeluarkan semua sisa meconium menerusi najisnya.

Untuk memudahkan membersihkan najis bayi anda dengan mudah, anda boleh memakaian bayi anda dengan lampin pakai buang.

Penjagaan Bayi Baru Lahir Ketika Dirumah

Ketika dirumah, bagi si ibu minta bantuan daripada suami atau anggota keluarga yang lain untuk membantu anda membuat kerja-kerja rumah.

Ini kerana anda dalam keadaan yang lemah dan perlu menjaga si kecil anda yang baru dilahirkan.

Contohnya, jika budak batuk yang lama. Mungkin mereka perlukan rawatan khusus dan perlu berjumpa doktor.

Penjagaan Tali Pusat Bayi Baru Lahir

fIetBWENEZIIymR 0aIXWK

Tali pusat bayi mudah terkena jangkitan. Sekiranya tali pusat basah terkena air semasa mandi,keringkan dengan mengunakan kapas atau kain bersih.

Daripada perkongsian mayoclinic tali pusat biasanaya akan kering dan putus sendiri dalam masa satu hingga tiga minggu selepas kelahiran bayi. Untuk membantu tali pusat dalam keadaan kering, pastikan bahagian hadapan lampin bayi anda dilipat ke bawah dan tidak menutup tali pusat

Biarkan tali pusat itu terputus sendiri. Jangan mencabut tali pusat itu dengan apa-apa cara lain.

Cara Memandikan Bayi Baru Lahir

Bayi tidak perlu dimandikan setiap hari, walaupun begitu tiada masalah sekiranya anda ingin mandikan bayi anda setiap hari.

 Jangan mandikan bayi terus selepas menyusu atau ketika bayi lapar atau keletihan. Berikut cara memandikan bayi dengan selamat mengikut panduan Kementerian Kesihatan Malaysia 

  • Isikan air suam ke bekas mandian bayi
  • Periksa suhu kehangatan air mengukan pergelangan tangan atau siku anda
  • Jangan sesekali gunakan air sejuk, kerana boleh menyebabkan suhu bayi menurun dan menyebabkan hypertomia. Ini kerana bayi masi lemah dan boleh menyebabkan bayi kebiru-biruan dan mendapat sawan
  • Semasa memandikan bayi juga, tidak disarankan memasang kipas atau membuka tingkap. Untuk mengelakkan bayi berasa sejuk
  • Masa sesuai mandikan bayi 10:00 pagi dan 05:00 petang
  • Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel, sebaiknya bungkus bayi dengan napkin atau kain khas supaya bayi tidak kesejukan
  •  Langkah pertama semasa memandikan bayi. Cuci mata bayi mengunakan kapas atau kain bersih yang telah dicelupkan dalam air suam. Lap dibahagian mata telebih dahulu
  • Bersihkan kepala bayi. Kepit telinga bayi supaya tidak dimasuki air
  • Letak sedikit syampu dan gosok kepala bayi dengan lembut. Siram bayi sedikit demi sedikit
  • Gosok badan bayi mengunakan sabun mandian bayi
  • Pastikan anda bersihkan dibahagian lipatan seperti leher, ketiak,paha,kaki dan punggung
  • Kemudian bilas bayi dengan bersih dan lap badan bayi sehingga kering
  • Setelah itu sapukan bayi dengan losyen bayi,bedak dan pakaikan baju
  • Ibu digalakan memberikan susu, selepas mandian kerana bayi akan berasa lapar. Ibu bapa seharunya memilih susu yang sesuai dengan bayi anda.

Cara Penjagaan Kuku Bayi

ETknSx5jOIRceoFLLrf6U5CsE0SdVBZ7f1sBs99 4PQkvQO8Li8RAcOSixasEvulWSzsT8TVH6paREjJhrQuw9tWqXMsSUBCLGtAC8W6X2jX3hv4Q7e5BblpbeERNyOu1ztLq2fofbPwIcVWtNatsuWW9FDUXS8d 0xBWPYfUQvhyaQ5kA i1kvQw

Kuku bayi lebih cepat panjang berbanding orang dewasa. Potong kuku bayi sekiranya telah panjang untuk mengelakkan calar pada kulit bayi.

Masa terbaik untuk memotong kuku bayi, ialah selepas mandi kerana pada masa ini kuku akan menjadi lebih lembut. Kuku bayi juga boleh dipotong apabila si kecil sedang tidur. 

Untuk panduan langkah berjaga-jaga ikuti garis panduan am untuk penjagaan kuku yang dikongsikan oleh MyHealth.Alberta berikut:

  • Gunakan potong kuku khas untuk bayi
  • Potong kuku bayi dikawasan yang terang, untuk memudahkan anda melihat kuku bayi yang hendak di potong.
  • Letakkan si kecil anda di atas permukaan yang empuk dan rata atau baringkan bayi anda di atas pangkuan anda.
  • Pegang dan dukung tangan atau kaki bayi anda dengan satu tangan, pastikan jari atau kaki kuku yang hendak dipotong.
  • Letakkan pemotong kuku dengan berhati-hati di bawah kuku jari atau kuku kaki bayi anda. Sebelum mula menekan pemotong kuku, tarik ke bawah pada jari atau alas kaki bayi anda untuk memastikan anda tidak memotong kulit secara tidak sengaja.
  • Potong kuku jari kaki secara lurus untuk mengelakkan kuku tumbuh ke dalam.

Cara Penjagaan Mata Dan Telinga Bayi

0 hAS27gYcVSr8qvhmQ0lEq8BgzAAi104M39Txkz2cq4QIt9DrkcCQ0lSEBgYRtODVnWH6YnPoNZP

Telinga, mata dan hidung bayi anda perlu dibersihkan setiap hari. Sama seperti orang dewasa, sikecil juga boleh mengeluarkan kotoran telinga dan lendir di hidung mereka dan lelehan di mata mereka

Untuk membersihkan mata dan hidung si kecil anda,gunakan bulu kapas atau kain bersih yang lembut dan air suam. Jangan gunakan sabun kerana ini boleh mengeringkan kulit sensitif bayi anda.

Masa yang baik untuk membersihkan telinga, mata dan hidung bayi,ialah sebelum anda mandikan mereka.

Untuk panduan cara membersihkan mata dan telinga bayi ikut langkah-langkah yang di kongsikan Pregnancy, Birth and Baby

  •  Gunakan air suam, gunakan siku atau pergelangan tangan anda untuk memeriksa air tidak terlalu panas.
  • Sebelum anda membuka pakaian si kecil, letakkan mereka di atas permukaan yang selamat.
  • Celupkan sedikit kapas atau kain bersih dalam air suam. 
  • Bersihkan sekitar mata mereka dengan lembut, lap dari sudut dalam ke sudut luar. 
  • Kemudian lap perlahan-lahan di sekeliling setiap lubang hidung untuk menghilangkan sebarang lendir. 
  • Sapu di sekeliling telinga bayi anda, termasuk di bahagian luar.
  • Gunakan tuala lembut untuk mengeringkan kulit bayi anda dengan lembut, pastikan anda juga mengeringkan di belakang telinga.
  • Jangan memasukkan apa-apa ke dalam telinga atau hidung bayi anda kerana ini boleh menyebabkan kerosakan. Ia boleh menyebabkan lapisan dalam hidung berdarah dan merosakkan gegendang telinga. 

Perlukah saya mengeluarkan tahi telinga bayi saya?

Biasanya tidak perlu mengeluarkan tahi telinga bayi anda. Ia mempunyai peranan penting dalam melindungi telinga bayi.

Ia menyekat kuman yang boleh menyebabkan jangkitan daripada sampai ke gegendang telinga dan ia menghalang kotoran dan habuk daripada memasuki telinga bayi anda.

Lilin telinga biasanya mengalir ke telinga luar secara semula jadi. Anda boleh mengelapnya perlahan-lahan apabila anda membersihkan telinga mereka. Jangan sesekali mencucuk kapas, jari atau apa-apa lagi ke dalam telinga bayi anda.

Jangan gunakan ubat untuk menghilangkan kotoran telinga. Ianya berisiko merosakkan saluran telinga malah boleh menjejaskan pendengaran bayi anda.

Sekiranya anda merasakan telinga si kecil  menyebabkan dia  tidak selesa, contohnya  jika si kecil menarik-narik telinga dengan kerap sila bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan awal sekiranya bayi mengalami jangkitan telinga

Cara Penjagaan Kuning Bayi

FbO34YbuPIX rL6nnrAji4lLPgO7lQGin9a4cprPNDOAgdfmhato4wpXgA0DuSM4JrriL1RisJfUncIubOFSetU fyr imIrWedBkI3E

Kuning atau juga di kenali Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah.

Bilirubin pula merupakan sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan menerusi  najis.

Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama di lahirkan

Untuk mengetahui sejauh mana tahap jaundis si kecil, pemeriksaan akan dibuat oleh doktor untuk mendiagnosis jaundis bayi berdasarkan penampilan bayi anda. 

Tahap bilirubin (keterukan jaundis) akan menentukan jenis rawatan yang diperlukan oleh bayi. Ujian untuk mengesan jaundis dan mengukur bilirubin termasuk:

  • Peperiksaan fizikal
  • Ujian makmal sampel darah bayi anda
  • Ujian kulit dengan peranti yang dipanggil bilirubinometer transcutaneous, yang mengukur pantulan cahaya khas yang bersinar melalui kulit

Doktor anda mungkin meminta untuk ujian darah tambahan atau ujian air kencing jika terdapat bukti ciri-ciri bahawa jaundis bayi anda perlu mendapatkan rawatan lanjut.

Jaundis bayi yang ringan selalunya hilang dengan sendirinya dalam masa dua atau tiga minggu. 

Untuk penyakit kuning sederhana atau teruk, bayi anda mungkin perlu tinggal lebih lama sebelum di benarkan keluar hospital atau dimasukkan semula ke hospital

Berdasarkan perkongsian daripada MayoClinic antara rawatan untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah bayi yang baru lahir mungkin termasuk:

  • Meningkatkan penyusuan bayi. Untuk mengelakkan penurunan berat badan, doktor anda mungkin mengesyorkan penyusuan atau suplemen yang lebih kerap untuk memastikan bayi anda mendapat nutrisi yang mencukupi.
  • Terapi cahaya (fototerapi). Bayi anda mungkin akan diletakkan di bawah lampu khas yang memancarkan cahaya dalam spektrum biru-hijau. Cahaya ini membantu mengubah bentuk dan struktur molekul bilirubin sehingga ia boleh dikumuhkan melalui  air kencing dan najis bayi. Semasa rawatan, bayi hanya akan memakai lampin dan penutup mata pelindung. Terapi cahaya boleh ditambah dengan penggunaan pad atau tilam pemancar cahaya.
  • Imunoglobulin intravena (IVIg). Bayi yang mengalami masalah ketidak serasian jenis darah akan diberikan rawatan melalui vena. Rawatan ini akan menyekat antibodi yang menyerang sel darah merah dan mengurangkan keperluan untuk menjalani pemindahan darah
  • Transfusi pertukaran.  Prosedur kecemasan ini hanya akan dilakukan sekiranya bacaan bilirubin berada pada tahap yang sangat tinggi walaupun bayi telah menjalani rawatan fototerapi. Bagi menurunkan bacaan bilirubin dengan lebih pantas, darah bayi akan digantikan dengan darah penderma yang bersesuaian

Cara Mengurangkan Kuning Bayi Dirumah

Sepanjang proses pemantauan bayi yang mengalami demam kuning di rumah untuk mengurangkan risiko berlakunya komplikasi jaundis, ibu bapa boleh mengamalkan tips berikut:

  • Tidak menjemur atau mendedahkan bayi di bawah cahaya matahari terlalu lama. Keadaan ini boleh menyebabkan kulit anak terbakar dan suhu badan akan cepat naik.
  • Menyusukan si kecil dengan lebih kerap. Disebabkan lebihan bilirubin hanya dapat dikeluarkan melalui najis bayi. Jadi, lebih banyak anak anda menyusu, maka lebih keraplah bayi akan kencing dan mengeluarkan najis.
  • Bagi ibu yang menyusukan bayi, hendaklah mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Makan banyak sayuran hijau, buah-buahan serta suplemen pelengkap supaya khasiatnya dapat disalurkan kepada bayi anda.
  • Dapatkan nasihat pakar sekiranya anda menghadapi apa-apa masalah seperti masalah berkaitan penyusuan atau sekiranya bayi mengalami sembelit. Tak semua makanan sesuai untuk bayi yang baru lahir jadi kami berikan senarai makanan bayi 6 bulan yang boleh anda rujuk.

Kesimpulan

Kelahiran bayi baru merupakan satu anugerah. Seorang ibu juga perlu jaga makan dengan minum susu yang berkhasiat.

Selain daripada menyusukan bayi, terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada penjagaan asas,untuk membantu perkembangan bayi dengan sihat. 

Ibu bapa juga perlu memeberi perhatian lebih kepada aspek penjagaan bayi baru lahir memandangkan bayi sangat sensitif dan mudah dijangkiti.

Jika sedu bayi berterusan, ibu bapa perlu tahu cara untuk mengurangkannya.

Tolong tekan button dibawah untuk share kepada rakan-rakan anda :

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *