cara penyimpanan susu ibu yang betul
| |

cara penyimpanan susu ibu yang betul

Cara penyimpanan susu ibu adalah sangat penting terutama bagi golongan ibu yang bekerjaya. Memandangkan susu ibu sangat sensitif  dan mudah rosak jika tidak diurus dengan rapi sebelum, semasa dan selepas menyusu.

Maka para ibu perlu ambik peduli dan titik beratkan agar si kecik mendapat susu ibu yang terbaik.

cara penyimpanan susu ibu

Bagi ibu yang menyediakan susu perahan untuk si kecil, perlu sentiasa menjaga kebersihan tangan dan payudara anda sebelum memerah susu.

Untuk ibu yang menggunakan bantuan pam untuk memerah susu, kebersihan pam yang digunakan harus sentiasa dipastikan tahap kebersihanya. Pastikan pam dikeringkan terlebih dahulu.

Para ibu juga diingatkan tertutama yang bekerja agar tidak melakukan perkara lain yang melibatkan sentuhan sekiranya hendak memerah susu.

Ini untuk mengelakkan agar tangan anda berada dalam keadaan bersih sebelum membuat perahan.

Pastikan juga botol yang digunakan untuk menyimpan susu berada dalam keadaan bersih. Sekiranya menggunakan plastik, pastikan anda menggunakan plastik yang baru dan tidak menggunakan plastik simpanan susu yang boleh dikitar semula.

Kebaikan Susu Ibu

Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk si kecil anda. Ini kerana susu ibu mengandungi spesifikasi biologi yang tidak boleh diganti dan tidak terdapat pada mana-mana susu formula dan bahan lain.

Amaun nutrien yang terkandung di dalam susu ibu juga akan berubah-ubah mengikut keperluan tubuh badan bayi.

Bakteria yang ada di persekitaran bayi dan ibu akan menyebabkan ibu menghasilkan antibodi yang berfungsi untuk melawan bakteria tersebut.

Antibodi yang dihasilkan kemudiannya dipindahkan kepada bayi melalui proses penyusuan. Bayi yang menyusu susu ibu mempunyai kadar antibodi yang lebih tinggi daripada bayi yang menyusu susu formula.

Sebab itu ramai juga ibubapa yang mencari cara untuk banyakkan susu badan dengan pantas bagi boleh diberikan kepada bayi.

Kebaikan Susu Ibu Untuk Bayi

Susu ibu sangat baik untuk nutrisi dan tumbesaran bayi yang sihat.

  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk Ibu, Penyusuan Susu Ibu

  • Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Kelebihan Susu Ibu Yang Lain

  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak

Cara Penyimpanan Susu Ibu Yang Betul Terutama Untuk Ibu Yang Bekerja

Bagi memudahkan para ibu yang bekerja, terutama yang baru sahaja mempunyai cahaya mata. Anda boleh ikuti beberapa langkah cara penyimpanan susu ibu dengan teknik penyimpanan dan penyediaan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Cara ini boleh mengekalkan keselamatan dan kualiti susu ibu yang diperah untuk kesihatan bayi anda.

Ini adalah garis panduan umum untuk menyimpan susu ibu bermula daripada masa mula memerah susu, semasa dan cara penyimpanan.

Pelbagai faktor mempengaruhi berapa lama susu ibu boleh disimpan dengan selamat.

Faktor tersebut termasuk isipadu susu, suhu bilik semasa susu diperah, turun naik suhu dalam peti sejuk dan peti sejuk beku, serta kebersihan persekitaran.

Masa Untuk Mula Memerah Susu Ibu

Bagi ibu yang bekerja, boleh mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja.

Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.

Cara Perah Susu Ibu Yang Mudah

Terdapat dua cara untuk memerah susu ibu. Sama ada menggunakan tangan atau dengan bantuan pam susu.

Kekerapan untuk para ibu memerah susu, dan berapa banyak anda memerah, bergantung pada sebab anda melakukannya.

Kadang-kadang ia mengambil sedikit masa untuk susu anda mula mengalir. Cuba pilih masa apabila anda berasa santai dan relaks. 

Berikut beberapa tips untuk mudahkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu ;

  •  Masa ketika bersama  bayi anda juga dapat membantu pengeluaran susu ibu lebih mudah.
  • Duduk dalam keadan selesa dan tenang
  • Fikirkan tentang bayi. Pandang wajah bayi atau sekiranya di tempat kerja, lihat gambar bayi
  •  Anda juga boleh cuba tips dengan menutup payudara anda dengan tuala hangat terlebih dahulu, atau selepas anda mandi atau mandi.

Cara Memerah Susu Dengan Menggunakan Tangan

  • Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
  • Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.
MT3VHIbsx1JMba WqMnejKGc3yLAXxm mjM
  •  Gambar 1:Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara
  • Gambar 2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.
c7VqdpSQ N87OaweoOJT c9aS1A3ZlceMPYOkOAt6uLqqqwgo7rJVa2 byCzyn5mVF1ZLlYpgnEbrqBb7EbvxOA18g8qbnuFJdG5jsrUHXI3VvTU9cQwdxe4dQc L88a25dUE3izGx8 TInqf9 znP1up Sn8sB L3cToeGnQlKWXdg BVzu0aOuQ
  • Pusing dan perah dari semua arah.
  • Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.
  •  Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara.

Cara Memerah Susu ibu Dengan Menggunakan  Pam

Terdapat dua jenis pam yang terdapat dipasaran yang boleh digunakan oleh para ibu untuk membantu memudahan proses memerah susu ibu.

Setiap pam mempunyai kelebihan dan kekurangan, seperti pam manual lebih murah berbanding pam elektrik. Tetapi pam elektrik lebih mudah digunakan berbanding pam manual.

Pam Manual

Bagi ibu-ibu yang hendak menggunakan pam, boleh ikuti langkah-lagkah dan cara yang dikongsikan oleh portal Raising Children

cUn0vrAxEKO6tjqdNRZVvznlxOS3Q9gQHOSE9HUkptuMx3jZ9QWt8HNNvYQzqik1C3weBnNwLzYiMRZO86OWa B7f4xB6LBBFcAl NTKNTkw867sCp9 dPniBM42J3FYc7oR569YEQHXQUkDZ2ZFEojYZ 4RWuzYix81Pp2oL6TcG CIg6f5Ons66A

Pam payudara manual biasanya terdiri daripada pelindung payudara yang dipasang pada pemegang pam dan botol atau bekas pengumpulan.

Sama seperti perahan menggunakan tangan. Dengan bantuan pam, ianya membantu si ibu lebih relaks dan santai . 

Berikut adalah langkah cara nengunakan pam manual:

  • Letakkan pelindung payudara pam terus di atas payudara anda dengan pusat puting anda.
  • Picit pemegang pam dengan lembut dan secara perlahan-lahan.  Air titisan susu akan mula menitik sedikit demi sedikit sebelum ianya akan menyembur.
  • Pam sehingga aliran susu anda berhenti.
  • Beralih ke payudara sebelah lagi. Anda boleh berulang-alik beberapa kali.

Pam Elektrik

Pam payudara elektrik sama seperti pam manual. Kelebihan pam elektrik ialah, anda tidak perlu mengepam sendiri.

pzQ7IAcpYsqNwDB5KIw tNNZP TmkvmX74Emzfe1AM6EqWqUzdrCIQ2Gu

Berikut cara-cara mengunakan pam elektrik :

  • Letakkan pelindung payudara pam terus di atas payudara anda dengan pusat puting anda.
  •  Mulakan dengan sedutan rendah dan tingkatkannya ke tahap yang selesa untuk anda.
  • Pam sehingga aliran susu anda berhenti.
  • Jika anda menggunakan pam tunggal, tukar ke payudara yang satu lagi. Proses ini boleh diulangi beberapa kali sehingga anda rasakan air susu telah habis dipam

Pada kebiasanya, selepas aliran susu ibu berhenti dengan pam, para ibu boleh cuba untuk memerah susu dengan tangan untuk mendapatkan lebihan susu yang mungkin tidak di sedut oleh pam.

Susu Ibu Tahan Berapa Lama ?

Walaupun susu ibu merupakan makanan terbaik untuk si kecil, perlu di ingat susu ibu juga boleh rosak atau basi. Kalau anda simpan susu ibu dalam bekas khas dan letak dalam peti sejuk 

  1. bersuhu 4 degree celcius dan kebawah. Susu boleh tahan sehingga 8 hari.

Berikut tempoh ketahanan susu ibu dan cara penyimpanan susu ibu yang betul.

 You can store breast milk in a sterilised container or in special breast milk storage bags: in the fridge for up to 8 days at 4C or lower (you can buy fridge thermometers online) – if you’re not sure of the temperature of your fridge, or it is higher than 4C, use it within 3 days.

Tips Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu Tahan Lama

Ada pelbagai cara mudah yang boleh anda ikut dan cuba. Kami senaraikan dibawah beberapa teknik mudah untuk simpan susu ibu yang sudah diperah agar tahan lama.

  •  Anda boleh memerah dan membuat simpanan stok susu 4 minggu atau seawal 2 minggu selepas bersalin
  •  Perah susu anda pada bila-bila masa sekiranya payudara masih terasa penuh atau jika susu anda berlebihan walaupun bayi telah cukup menyusu
  • Jika bayi telah menyusu di sebelah payudara sahaja, perahlah susu anda di sebelah payudara lagi
  • Pilih bekas yang sesuai -bekas plastik/kaca/botol tanpa puting yang bebas BPA (Free BPA)
  • Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih dan tertutup
  • Simpan kuantiti susu yang mencukupi untuk sekali penyusuan (2oz-5oz)
  • Labelkan tarikh dan masa perahan pada bekas susu perahan

 Cara penyimpanan ini adalah yang seperti di syorkan oleh Bahagian Pemakan Kementerian Kesihatan Malaysia

IKGtQcjEWYKE9lk1B71kA8n7l323b5pD2yuI4gq18xryiDBpzPFExVfoD eRoqet22h9lGUT0D5YVsIxsuexs7sVRELse1tU08wND1hkBeVi2 xwbIroflG4Aau00

 Menyimpan Susu Yang Telah Diperah

  • Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
  • Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
  • Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
  • Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.
cGSK8mNab P5Ip4VwgQWj1LLnAIXjVIPjDg5DmdSeMPQO1gowU4edlkTNeMEuoUls 3nSm5VgfMJW 9NpCn3jwtN6BrIwoO1N4OeVIPd6J6XQ6jZ64q 0o9H TsGCMAL0YnCwunSNS6NWuNvjwyr3roSUNDjcttJ 8IjiXlPqT6pBywEgD6ssD41Q

 

Cara Nak Cairkan Susu Ibu Yang Sudah Simpan Lama Dalam Peti Sejuk

P1ntOX UkCocbrr L BsEm2ESnuUGMcKtdKfNKOq88SXTeNlMjwgNgk

Susu ibu yang telah di simpan dalam peti sejuk tidak boleh terus dipanaskan secara terus.

Cara yang betul untuk mencairkan susu ibu yang telah di simpan dalam peti sejuk seperti yang disyorkan  oleh CDC seperti berikut

  • Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
  • Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
  • Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
  • Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
  • Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.

Mengajar Bayi Minum Susu Yang Telah Diperah

Disebabkan si kecil anda, akan menyusu menggunakan botol, adalah sebaiknya untuk

  •  Para ibu melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.
  •  Gunakan jadual berikut sebagai panduan:
JWZfyD6NqBz9 bydy2Gil4 RRsEn9b1n3BY483uos8G9K7wK2YwtcdFz i9RU 6J4Ud2VkozkMKlxhpp9Ji s3ZR JaFEDPcVHO3VpeDwjJ6bEcUtewWP aFAqzy1T 2D96v2oVt6tPp9FZ5 PwfBSf2vSwuA9KBo4eIpXkeW7wDK9M3gF8gzmjE5A

Hari 1-3 :Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 4-6 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.

Hari 7-9 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 10-13 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.

Panduan penyusuan ini daripada Malaysian Breastfeeding Advisory Association.

Namun, jangan biarkan bayi anda tidur meniarap.

Kesimpulan

Bagi ibu yang bekerja,penyusuan susu ibu tidak perlu dihentikan. Ini kerana susu ibu merupakan makanan terbaik bagi bayi di awal usia.

Apa yang penting para ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja.

Namun, jangan sampai terleka sehingga batuk budak yang panjang tanpa henti.

Perkara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, cara penyimpanan susu ibu dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.

Tolong tekan button dibawah untuk share kepada rakan-rakan anda :

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *